Dalam Al-Quran menolak pandangan yang membedakan (lelaki dan perempuan) dengan menegaskan bahwa keduanya berasal dari satu jenis yang sama dan bahwa dari keduanya secara bersama-sama akan menghasilkan keturunannya baik yang lelaki maupun yang perempuan.
Allah s.w.t berfirman,
"Wahai seluruh manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (terdiri) dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal, sesungguhnya yang termulia di antara kamu adalah yang paling bertakwa" (QS 49: 13).
Mahluk ciptaan Allah yang paling cantik adalah yang bernama perempuan dan perempuan juga adalah sumber sakinah.
Dan sesungguhnya seorang anak yang bergelar perempuan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan karena Islam begitu menghargai perempuan.
Diantara keistimewaan dan kelebihan menjaga anak perempuan adalah seperti berikut:
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Allah s.w.t berfirman, maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Hujuraat 49:1 )
Derita Dipukau Suami Selama 7 Tahun Akhirnya Terbongkar. Kepada Wanita Berhati-Hati.
Wahai Wanita Berhati hatilah Halaman-dunia.blogspot.com |
Bila dah tak ada sesiapa barulah senang nak bercerita kan? Soal Ina 32 tahun yang kahwin dengan seorang lelaki bernama syamsul dan kini sudah pun memiliki seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan berada ditadika Batrisyia namanya.
“Ada yang ingin saya kongsi,pikiran buntu,tidak tahu hendak membuat keputusan,saya tak tahu apakah perlu saya meneruskan perkahwinan ini atau menamatkannya,kata Ina mula membuka ceritanya menjadi mangsa pukau suami selama 7 tahun.
Dilihat dari luaran Ina menang nampak tiada kekurang,cantik dan masih mempesona,rumahnya pun cantik biarpun kecil tapi isinya lengakap tiada kekurangan,dilihat dari penderaan sungguh jauh sekali,fisikalnya sehat.
“Saya tidak ada hati pada dia,jawab Ina menjurus kepada suaminya Syamsul”
Kenapa pula? diakan suami kamu? lalu Ina membuka cerita yang berlaku 7 tahun silam”waktu itu dia bekerja sebagai pentakbiran sebuah Syarikat Swasta.
Saya anak kedua dan tinggal dengan keluarga,saya bekerja dan ada Kereta sendiri,dalam pada masa yang sama saya juga memiliki seorang rakan lelaki namanya Zikri, dua tahun kami berkawan kami bertekat untuk kehubungan selanjutnya “bertunang” kedua belah keluarga juga bersetuju.
Kami memberi masa lagi setahun sebelum melanjutkan hubungan kejenjang pelaminan,dalam masa itu sempatlah kami mengumpul wang sebagai bekal persediaan ke alam baru.
Suara Ina tiba tiba terhenti tertunduk dan menyapu air matanya”manusia hanya merancang tuhan juga yang menentukan,sambung Ina.
Pada suatu pagi hari,Ina yang dalam perjalanan kerja,terlibat dalam satu kemalangan jalan raya,keretanya dilangga dan cukup teruk harus dibawa ke bengkel.
Disitulah watak Syamsul bermula,Syamsul merupakan salah seorang mekanik di bengkel tersebut dan menunjukkan minat kepada Ina sejak pertama kali mereka bertemu.
Kereta ina yang rosak membutuhkan masa sebulan untuk memperbaiki sekaligus dengan urusan proses tuntutan insurans.hal itu membuat mereka sering berhubungan,Syamsul pun tidak melepaskan peluang dan selalu mencari alasan agar mereka berjumpa,Syamsul juga sering mengajak Ina keluar makan,namun Ina selalu menolak dengan baik.
“Pernah sekali Syamsul menyuarakan hasrat hatinya untuk berkawan serius dengan ina,namun ina terus terang bahwa ina sudah bertunang dan akan berkahwin tidak akan lama lagi”
“Selepas itu sikap Syamsul agak berlainan,dia kurang mesra tidak seperti sebelumnya,saya pun merasa bagus begitu,sekurang kurangnya dia tidak kacau saya lagi,dan hubungan kami biarlah atas urusan kereta sahaja”kata ina
Tapi sangkaan Ina tersasar jauh,pada hari ina datang mengambil keretanya dan Syamsul meyerahkan kunci ,ketika itu Syamsul selamba mengajaknya keluar makan malam dan dengan mudah Ina setuju dengan pelawa itu.
“Sejak hari saya ambil kereta, tiba tiba saya ikut saja kehendak Syamsul,dia ajak keluar saya keluar,dia talipon, saya angkat,dia masej saya balas layan dia dengan baik”saya tak tahu kenapa saya buat semua itu”kata ina.
Bagaimana dengan Zikri,tunang Ina? “PUTUS! ! Saya tak mahu jumpa Zikri langsung,yang ada dalam pikiran saya ketika itu hanyalah Syamsul.
Tiada ribut tiada angin Ina tiba tiba berubah hati,puas Zikri memujuk dan bertanya kenapa ina memutuskan hubungan mereka.ina hanya mampu berdiam diri,dia tidak menjawab .kedua ahli keluarga masing masing turut merasa hairan.
Lebih mengejutkan hanya dalam tempoh dua bulan kemuadian Syamsul terus masuk meminang ina.”saya macam tak boleh berjauhan dengan syamsul ketika itu.bila dia ajak kahwin saya terus setuju,saya ungut ibu dan ayah jika tak mahu terima pinangan itu saya akan lari dari rumah”luah ina.
Hinggalah mereka di satukan sebagai suami isteri,ina dibawa oleh syamsul kerumahnya sendiri,apa saja kata kata syamsul ina akan akur tanpa sedikit pun perlawanan.
Selepas berkahwin,ina masih lagi sempat bekerja,namun setahun kemudian dia hamil dan selepas bersalin syamsul menyuruhnya untuk berhenti bekerja dan menjadi suri rumah separuh masa untuk mengasuh anak mereka.
“Selama ini saya ikut saja apa kehendaknya,tak tahulah kenapa,tapi beberapa bulan lalu baru dapat tahu mengapa saya jadi begitu”ujar ina mambuka rahasia yang terpendam selama ini.
“Pada hari itu saya keluar membeli belah dengan adik perempuan Suami saya,kebetulan kami terserempak dengan kawan lama dia sewaktu bekerja Nurul namanya”
“Dia sudah berkahwin dan membawa Suaminya Izam ,sebab lama tak jumpa kami pergi minum sekali,dalam pertemuan itu,Izam memandang saya dengan penuh teliti,dan bertanyakan adakah saya sakit? saya jawab tidak,Ina sehat sahaja”
Dengan meminta maaf terlebih dahulu Izam membuka satu cerita apa yang dia nampak dalam diri ina,”Izam memang ada kebolehan dalam ilmu perawatan islam,bahkan ia juga sering membantu pesakit dirumah bapa saudaranya yang dikenai dengan perubatan islam”
“Senang cakap barulah saya tahu mengapa sejak dulu saya tiba tiba berubah dan ikut saja kata Syamsul,rupa rupanya dia dah pukau saya dengan ilmu hitam selama 7 tahun”
Katanya dia berubat dengan Izam Senyap senyap hinggalah ia sehat semula,”sejak sedar ini saya rasa sangat bersalah terhadap keluarga,dan baru tahu,saya sebenarnya tak ada hati langsung dengan syamsul,sebelum ini rupa rupanya angkara ilmu hitam,buka perasaan yang datang dari hati saya”
“Sebab itu sekarang saya benci sangat dengan syamsul,niatnya menggunakan sihir untuk mendapatkan saya,dia telah hancurkan impian yang telah saya rencanakan dulu”
Sekarang saya tidak tahu,apa yang perlu saya lakukan,saya tak mahu teruskan hidup di atas hubungan penipuan ini,awak rasa patutkah saya mohon cerai? tanya ina pada penulis pemberita.
Berat soalan ini Ina”Kami bukan pegawai agama,jauh sekali pakar runding masalah rumah tangga,selama ini bagaimakah layanan syamsul kepada ina dan anak ?
Ina jawab”hendak dikatakan suaminya itu suami yang tidak bertanggung jawab ,tidak juga”ina akui syamsul seorang suami yang baik dan bertanggung jawab,nafkah tidak pernah culas segala galanya di sediakan,tapi syamsul juga ada kepala anginya,segala galanya harus dengar katanya seorang,segala keputusan hanya dia yang tentukan.
“Tapi syamsul bukan seorang suami yang mementingkan tiang agama,semenjak saya menikah dengannya,saya tidak pernah melihat dia solat,sampai saya pun alpa dalam sembahnyang”
Adakah syamsul bapa yang baik? Yaa,,syamsul bapa yang penyayang jawab ina.
Perlukah sampai bercerai? kalaupun ina terkena ilmu hitam pukau syamsul,bagaimanapun kamu sudah sah menjadi suami isteri dan memiliki seorang anak.
Kami beritahu ina,walaupun Syamsul bukan suami yang terbaik.tapi Syamsul masih seorang bapa yang baik dan suami yang bertanggung jawab dan tidak mengabaikan keluarganya,soal sikapnya yang lalai dalam hal agama mungkin belum mendapat hidayah dan bisa diperbaiki sedikit demi sedikit dibantu dengan ihktiar yang berterusan.
“Tapi saya tak ada hati langsung untuk meneruskan hidup dengannya,perkahwinan ini dibina atas dasar penipuan,saya tak boleh terima,kata ina dengan sedikit nada yang agak keras.
Kami pun terdiam dan meneguk teh yang disajikan sedari tadi tanpa di sentuh sedikit pun,rasanya pun sudah sejuk.
Kalau bercerai ina nak buat apa? kembali semula pada Zakri?
Ina terdiam menghela napas panjang”Tidak,,,zikri dah berkahwin dan ada kehidupan sendiri,saya tak mahu ganggu hidup dia lagi.
Sekalipun syamsul bersalah Tidakkah ina cuba memberinya peluang semula?bina perasaan cinta dalam hati,pandanglah wajah anak ina,tidakkah kau kasihan melihatnya jika ina bercerai kelak?
Macam mana saya nak teruskan hidup kalau hati saya tak ada langsung sayang dengan syamsul,adakah saya harus hidup dalam kepura puraan ? soal ina balik.
Untuk pembaca bila sudah berada ditahap sebegini adakah cerai satu satunya jalan untuk membetulkan keadaan?
Anda rasa perlukah ina terus hidup bersama suaminya syamsul atau mengikut kata hatinya untuk berpisah?
Sesungguhnya Siapakah Sebenarnya Orang Gila Menurut Islam
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
(Al-Qalam 68:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSebelum kita mengenal serta memahami siapakah orang gila menurut Islam, terlebih dahulu fahami maksud akal. Kita sebagai MANUSIA yang dicipta oleh Allah s.w.t telah dikurniakan akal untuk berfikir agar mampu memilih mana yang benar dan batil.
Fungsi Akal
Akal itu bererti pengekang atau pengikat, maka dia berfungsi untuk mengekang dan mengikat. Apa yang mesti diikat oleh akal itu? Rasûlullâh s.a.w telah bersabda dalam jawabannya kepada Syam'ûn bin Lawi bin Yahuda – salah seorang dari hawârî 'Isâ as. tantang fungsi akal, "Sesungguhnya akal itu adalah tali yang yang harus mengikat kebodohan dan jiwa. Kebodohan itu semisal binatang yang paling susah diurus, jika dia tidak diikat, maka dia akan tersesat."
Yang dimaksudkan dengan kebodohan di sini dalam sabda Nabi s.a.w diatas adalah potensi manusia untuk berbuat makar kepada Allâh. Pada hakikatnya manusia yang melakukan keburukan itu adalah manusia yang bodoh. Firman Allâh 'azza wa jalla, "Ketahulilah mereka itulah yang bodoh, namun mereka tidak tahu."
Dan firman-Nya,"Ketahuilah mereka itu orang-orang yang berbuat kerusakan, tetapi mereka tidak menyedari."
Imâm 'Alî bin Abî Thâlib as berkata, "Akal itu adalah makhluk yang mempunyai pasukan Allâh Yang Maha Pemurah sedangkan hawa itu pemimpin tentera syaitan. Dan nafsu ditarik-tarik diantara keduanya, yang mana saja dari keduan kekuatan itu yang menang, maka nafsu akan berada di pihaknya."
Adakah Kita Orang Gila (Majnûn) Menurut Islam.
Orang yang tidak berakal itu ada dua macam;
1.Orang yang tidak berakal karena memang dia tidak mempunyai akal (ruh akalnya tidak ada). Orang semacam itu jangan kita juluki sebagai 'orang gila', kita mesti menyebutnya orang yang terkena musibah (mushâb ).
2.Orang yang tidak berakal karena dia tidak mau menggunakan akalnya yang ada pada dirinya. Orang semacam inilah yang disebut oleh Rasûlullâh s.a.w sebagai orang gila.
Suatu hari ada orang tidak normal yang lewat ke hadapan Nabi s.a.w, lalu di antara sahabat Nabi ada yang menyebutnya majnûn (gila). Rasûl berkata, "Jangan kamu katakan dia majnûn, tetapi katakanlah dia itu mushâb (orang yang terkena musibah). Orang gila itu hanyalah orang yang mengutamakan dunia di atas akhirat."
Dalam riwayat yang lain beliau, "Sesungguhnya orang gila itu adalah hamba (manusia) baik laki-laki atau perempuan yang menghabiskan masa mudanya dalam ketidaktaatan kepada Allâh."
Dalam riwayat yang lain beliau berkata, "Ini bukan orang gila, maukah kukabarkan kepadamu orang gila yang sebenarnya? Orang yang sombong dalam berjalannya, yang memandang dengan kedua sudut matanya dan yang menggerak-gerakkan kedua lambungnya dengan kedua bahunya, maka itulah orang gila sedangkan ini orang yang kena bala."
Orang yang mengutamakan dunia di atas akhirat disebut majnûn atau orang gila, dikarenakan dia tidak menggunakan akal. Coba kita pikirkan, dunia yang fana, yang akan binasa dan yang akan kita tinggalkan ini, mengapa harus diutamakan atas akhirat yang kekal abadi yang di sana manusia akan hidup untuk selama-lamanya; apakah sengsara dan menderita ataukah senang dan bahagia. Orang yang tidak taat pada Allâh juga merupakan bagian dari orang yang mengutamakan dunia di atas akhirat, dan termasuk orang gila juga. Dan sabdanya, "Sesungguhnya orang yang berakal itu adalah orang yang patuh kepada Allâh walaupun buta penglihatannya dan rendah status sosialnya. Dan orang jahil (gila) itu adalah orang yang tidak patuh kepada Allâh walaupun tampan dan kaya."
Ada seorang kristen dari Najrân datang ke Madinah, menurut sebagian sahabat Nabi dia itu orang yang mempunyai kewibaan dan kehebatan hingga mereka mengatakan kepada Nabi saw, "Alangkah berakal itu orang keristen ini." Kemudian Nabi menyalahkan orang-orang yang mengatakan kalimat pujian ini seraya bersabda, "Diamlah kalian! Sesungguhnya orang yang berakal itu adalah orang yang mentauhidkan Allâh."
Imâm 'Alî bin Abî Thâlib as berkata, "Orang yang berakal itu adalah orang yang menjauhi dosa-dosa dan membersihkan cela-cela."
Mungkin kita ini juga belum dikatakan sebagai manusia yang berakal, kecuali apabila kita benar-benar taat kepada Allâh 'azza wa jalla, mentauhidkan-Nya, menjauhi segala dosa, membersihkan akhlak tercela dan tidak mengutamakan dunia di atas akhirat.
Fahami dan renungkan firmanNya yang terkandung dalam surah Al Qalam. Maka kita akan memahami adakah kita tergolong didalam kalangan orang yang gila?
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
(Al-Qalam 68:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al-Qalam 68:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
(Al-Qalam 68:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
(Al-Qalam 68:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
(Al-Qalam 68:10) | <Embed> | English Translation |Tambah Nota | Bookmark
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
(Al-Qalam 68:11) | <Embed> | English Translation |Tambah Nota | Bookmark
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, -
(Al-Qalam 68:12) | <Embed> | English Translation |Tambah Nota | Bookmark
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13) | <Embed> | English Translation |Tambah Nota | Bookmark
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? -
(Al-Qalam 68:14) | <Embed> | English Translation |Tambah Nota | Bookmark
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
(Al-Qalam 68:15) | <Embed> | English Translation |Tambah Nota | Bookmark
(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
(Al-Qalam 68:16)Akhir kata, secara ringkasnya
Ciri ciri orang gila itu adalah seperti berikut,
1.Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).
2.Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa.
3.Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
4.Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)
Didalam kehidupan kita didunia ini, walaupun kita dikata bijak pandai dan berjaya didalam kerjaya, atau mampu mencipta sesuatu untuk kemajuan dunia namun boleh termasuk kedalam golongan orang yang gila jika dunia lebih diutamakan.
Semoga Bermanfaat Buat Semua.

Berhenti Tiup Lilin Kek Ketika Sambut Hari Jadi Kerana Dulu Kaum Eropah Telah…..
Mulai Hari Ini,Berhenti Tiup Lilin Kek Ketika Sambut Hari Jadi Kerana Dulu Kaum Eropah Telah…..
Bertambahnya umur bagi sebahagian orang memang menjadi saat yang ingin dilalui dengan penuh kebahagiaan. Mengundang sanak saudara dan sahabat, makan bersama, hadiah-hadiah yang datang silih berganti, dan banyak lagi. Salah satu hal yang seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam acara ulang tahun adalah meniup lilin. Rasa-rasanya sebahagian umat muslim pun masih melakukan hal ini. Namun, bagaimana islam memandang hal tersebut? Bolehkah? Atau hal tersebut merupakan sesuatu yang dilarang?
Dipetik dari laman merdeka.com, tradisi tiup lilin sudah lahir sejak zaman Yunani Kuno. Dalam sejarah disebutkan bahawa menyalakan lilin adalah sebuah cara khusus seseorang untuk membayar seperti upeti kepada dewi bulan yang terdapat dalam mitologi Yunani, yakni dewi Artemis. Pada zaman dahulu, kuih yang dipakai haruslah berbentuk bulat agar dapat melambangkan bulan dan lilin yang diletakkan di atasnya sebagai lambang cahaya bulan. Sebelum orang-orang Yunani Kuno meniup lilin, mereka terlebih dahulu akan berdoa memohon sesuatu hajat.
Asap dari lilin yang melayang di udara dianggap sebagai penghantar doa-doa mereka kepada sang dewi. Oleh kerana itu tradisi tiup lilin tidak hanya dilakukan pada saat ulang tahun, tetapi setiap kali mereka memiliki keinginan. Oleh kerana itu, tradisi meniup lilin ketika seseorang ulang tahun termasuk ke dalam aktivitas keagamaan orang-orang Yunani Kuno. Lilin juga dapat diibaratkan sebagai cahaya kehidupan bagi menurut orang-orang non-muslim.
Dalil Islam tentang Tiup Lilin saat Ulang Tahun
Oleh kerana meniup lilin pada saat ulang tahun adalah “warisan” tradisi dari budaya non-muslim, maka, Rasulullah menjelaskannya terkait hal tersebut dalam hadits di bawah ini :
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu.” [HR. Abu Daawud]
Jika kita melihat pada hadits di atas, maka sebaiknya kita meninggalkan tradisi tiup lilin tersebut, kerana tradisi tiup lilin bukan merupakan tradisi umat islam dan menyerupai tradisi umat non-muslim. Tradisi tersebut juga sering dilakukan oleh kaum yahudi dan nasrani.
Alasan Umat Muslim Tidak Boleh Melakukan Tiup Lilin saat menyambut hari jadi.
Pada intinya, beberapa hal yang dapat dijadikan alasan mengapa tidak diperbolehkannya umat islam mengikuti tradisi meniup lilin dalam acara ulang tahun adalah :
Rasulullah tidak pernah mengajarkan atau menganjurkan tradisi perayaan ulang tahun termasuk di dalamnya tradisi meniup lilin. Berbahaya jika tradisi ‘tiup lilin’ seakan-akan sudah menjadi bahagian dari kewajiban di setiap tahunnya, kerana Rasulullah tidak pernah mengajarkan dan mewajibkan hal tersebut.
Pesta ulang tahun yang berlebihan merupakan salah satu sikap pemborosan yang dibenci oleh Allah. Wang yang digunakan untuk membeli lilin ulang tahun, memiliki manfaat yang lebih bernilai di mata Allah. Untuk sedekah, misalnya?
Tradisi tiup lilin bukan merupakan tradisi umat islam dan tidak dianjurkan kerana menyerupai tradisi umat non-muslim. Meniru-niru kebiasaan suatu kaum disebut juga dengan tasyabuh, dan hal tersebut dilarang di dalam islam. Sebahagian orang masih melakukan tradisi “tiup lilin” kerana tidak mengetahui bagaimana asal-usul tradisi tersebut dan apa maksud dibaliknya. Oleh karena itulah kita perlu menjadi muslim yang bijak agar dapat membezakan secara jelas mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan hanya mengikuti sesuatu tanpa memiliki ilmu tentangnya.
Umat islam hanya memiliki 3 perayaan besar, yakni Idul Fitri, Idul Adha dan hari Jumat. Jadi ulang tahun tidak termasuk di dalamnya.
Menurut salah satu penelitian, meniup lilin yang berada di atas kek ulang tahun menjadi salah satu penyebab penyebaran bakteri, kuman atau zat-zat negatif di kek tersebut.
Tak masalah jika anda menganggap hari bertambahnya umur menjadi hari yang istimewa. Namun harus kita sedari, bahawa di hari itulah umur kita pada hakikatnya berkurang. Satu tahun dalam hidup kita telah berakhir dan tahun demi tahun akan terus berganti. Lebih baik jika hari itu kita jadikan momen untuk mensyukuri kurnia Allah yang telah menciptakan kita dan membuat kita lahir di dunia ini, mensyukuri kedua orang tua yang telah menjaga kita sejak keluar dari rahim ibu dan mensyukuri setiap masa yang telah kita lalui.
Berkurangnya umur pun dapat kita jadikan sebagai masa untuk bermuhasabah, apakah kiranya yang akan kita lakukan di sisa hidup kita dalam ketaatan kepada Allah. Mintalah kepada Allah agar Ia kurniakan ketaatan kepada kita di sisa umur kita. Tanamkanlah hal-hal positif yang telah dijelaskan sebelumnya kepada adik-adik kita atau anak-anak kita.
Sekiranya anda mahu menyambut ulang tahun kelahiran anda,tidak ada masalah dengan hanya membeli kek dan memakannya.Tapi elakkanlah daripada memasang lilin diatas kek dan meniupnya kerana itu adalah perbuatan mungkar daripada kaum lain yang mempunyai maksud tersirat.

Jika anda mahu memberi hadiah kepada seseorang yang berulang tahun pun, tidak masalah. Saling memberi hadiah sesama muslim sangat dianjurkan oleh Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalam, kerana dengan itu kita akan saling mencintai satu sama lain.
Seandainya mahu melakukan sebuah perayaan seperti makan-makan bersama dengan sanak saudara, mengudang jiran dan teman-teman, maka niatkanlah itu untuk ibadah dan janganlah berlebihan. Niatkanlah perayaan itu untuk memberi rezeki yang kita miliki kepada orang lain dalam bentuk makanan atau untuk bersedekah, sehingga kita tidak menggunakan rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk hal-hal yang sia-sia.
Berikut video penjelasan daripada Ismaik menk dan Ustaz Abdul Somad
Subscribe to:
Posts (Atom)
Halaman Dunia Berbicara
Read More Here
-
Sayu!! Akibat Sikap Suami Yang Pentingkan Burung Dari Isteri Dan Anaknya… Mereka Ambik Keputusan Untuk Bunuh Diri Ibu Bawa Anak Bunuh D...
-
Allah s.w.t berfirman, maksudnya Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang ...
-
BILA DUNIA DIAKHIR ZAMAN... AGAMA DIBELAKANGKAN Akan datang bagi manusia suatu zaman dimana orang tidak peduli apakah harta yang diper...