BETULKAH? Dr M Menghina Bangsa Bugis

Sememangnya didalam kehidupan adakalanya kita tidak sedar mengeluarkan kata kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain, bangsa lain dan juga agama orang lain. Apatah lagi bila kita menyandang sesuatu gelaran yang penting dan menghadapi tekanan, boleh juga menyebabkan lisan kita menuturkan sesuatu yang tidak patut dikatakan. Namun ada juga kata kata yang kita sampaikan dalam keadaan yang sedar yakni difikirkan dengan terancang untuk menjatuhkan, menyakitkan orang lain. Dan berita berita mahupun isu yang sudah berlalu adakalanya akan berulang diperdengarkan oleh Allah s.w.t agar kita mengerjakan sesuatu yang patut dikerjakan.

Allah s.w.t berfirman, maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujuraat 49:11)

BETULKAH? DR M Menghina Bugis.

Sama sama kita renungkan dan berfikiran secara ilmiah agar tidak menimbulkan masalah dan memahami apa yang perlu dikerjakan agar setiap ibadah (berkata kata itu juga ibadah) itu tunduk rukuk pada peraturanNya dan sujud padaNya.

Allah s.w.t berfirman, maksudnya
 (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Maka, semoga apa yang kita fikirkan, katakan dan lakukan adalah sesuatu perkara yang patut dikerjakan yakni sujud padaNya.

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang dilihat cuba menghasut rakyat membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, berkata Sultan Selangor selepas berbincang dengan ahli Dewan, menganggap ucapan terbabit amat keterlaluan hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal daripada Bugis," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Justeru, katanya, Majlis Dewan di-Raja Selangor berpandangan satu siasatan dan tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana undang-undang berkaitan wajar diambil terhadap Dr Mahathir.
Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan Dewan di-Raja Selangor:
DULI Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berbincang dengan Ahli-ahli Majlis Dewan di-Raja Selangor pada 2 November 2017 memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Himpunan Sayangi Malaysia - Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
Berdasarkan kepada rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Tun Dr Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.
Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis.
Fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan agama dan keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara.
Tun Dr Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan Negara selama tempoh 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua pihak terutama orang-orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Negara ini.
Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr Mahathir.

Allah s.w.t berfirman, maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)

ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis semasa perhimpunan Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Sebaliknya, bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan pembangkang itu berkata terdapat juga keturunan Bugis yang baik.
“Saya tak hina orang Bugis. Orang Bugis ada yang baik. Tapi penyangak pun ada juga,” katanya.
“Salah ke? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak. Ada,” katanya semasa berucap di program “Rapat Umum Selamatkan Malaysia” di Dataran Harapan Baru di sini, malam tadi.

Dr Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan “anti-kleptokrasi” pada 14 Oktober mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyebut sebagai keturunan “lanun Bugis”.
Kenyataan itu mengundang protes Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Dr Mahathir berkata mereka yang menganjurkan protes itu adalah “bodoh”.
“Bodohnya, orang hari itu hari Deepavali, pejabat saya tutup. Tapi dia dah rancang (untuk berhimpun).
“Mereka sudah sewa bas, jadi pergi jugalah dan pejabat kosong. Inilah orang yang kononnya mendakwa saya menghina orang Bugis,” katanya.
Dr Mahathir turut mempersoalkan penahanan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan RM1.5 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.

“Shafie Apdal diselidik, dicari macam-macam, kononnya benda itu berlaku semasa dia jadi menteri.
“Kenapa masa itu (semasa Shafie dalam Kabinet) tak diselidik, tapi sekarang baru nak selidik? Kerana dia menjadi pemimpin Warisan yang menentang Najib,” katanya.

Halaman Dunia Berbicara

Ciri - ciri dan sifat Wanita Solehah menurut Islam. Halaman-dunia

Read More Here