Sudah pasti ramai yang tertanya tanya, seperti yang kita tahu, aplikasi MySejahtera kini sudah menjadi aplikasi yang perlu ada di telefon pintar rakyat Malaysia. Disebabkan aplik4si MySejahtera boleh dikatakan agak baru diperkenalkan di Malaysia, maka tak sed1kit daripada kita yang masih keliru dengan ciri-ciri khas aplikasi tersebut.
Oleh itu, aplikasi MySejahtera mel4lui laman sosial rasmi KKM hari ini menjawab 10 soalan lazim MySejahtera yang boleh dij4dikan panduan sekiranya pengguna mengalami masalah sama dengan aplikasi ini.
1. Kenapa status saya bertvkar ke confirmed case walaupun saya buk4n kes positif?
Jawapan:
Anda mungkin telah tersilap memuat naik keputusan ujian kendiri yang negatif di bawah opsyen “F” – Saya telah disahkan positif COVID-19 dan hendak lapor keputusan makmal. Opsyen F adalah untuk SEGALA laporan POSITIF.
Jika keputusan ujian k3ndiri adalah negatif, sila laporkan melalul option “G”, Saya ingin mengemaskini Laporan Ujian Kendiri. Pengguna boleh memilih keputusan ujian sama ada positif/ negatif/ tidak sah.
2. Kenapa status saya bertukar ke Svspect case – High Risk walaupun saya tiada kontak dengan kes positif?
Jawapan:
Anda dikategorikan sebagai Suspect case berdasarkan penilaian kesihatan yang telah anda isi sebelum ini dalam “Status COVID-19”. Status tersebut akan kekal selama 10 hari dan anda perlu menyelesaikan penilaian kesihatan harian atau Home Assessment Tool (HAT) yang diberikan di tab “Perlu dilakukan”. Sekiranya anda tidak bergejala sepanjang 10 hari, status anda akan ditukarkan kepada Low Risk. Teruskan mengisi penilaian kesihatan harian sehingga hari ke-14.
Sekiranya anda t3lah silap mengisi, sila laporkan di Helpdesk MySejahtera. Pilih K untuk Saya mempunyai soalan berkenaan kategori risiko/ penilaian kesihatan. Kemudian pilih “A” untuk melakukan semvla HAT.
3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya status saya sebagai kes positif atau kontak rapat sudah bertukar tetapi tidak mendapat tugasan untuk mengisi HAT di tab “Perlu dilakukan”?
Jawapan:
Di Helpdesk, pilih “K untuk Saya mempunyai soalan berkenaan kategori risiko/ penilaian kesihatan. Klik “D” untuk Saya tidak mendapat penilaian kesihatan.
Sekiranya masih tidak mendapat tugasan di tab “Perlu dilakukan”, anda boleh cuba refresh atau uninstall dan reinstall aplikasi MySejahtera.
Untuk tanggungan (dependent), hanya akaun yang unik/yang disahkan (verified account) boleh mengisi HAT.
4. Kenapa saya mendapat status “Kontak Kasual” padahal saya sepatutnya mendapat status “Kontak Rapat”?
Jawapan:
Status anda adalah kontak kasual sekiranya anda pernah check in ke tempat yang sama dengan kes positif dalam tempoh masa yang sama.
Status anda akan bertukar ke “Kontak Rapat” sekiranya dilaporkan melalui salah satu cara berikut:
a) Kes positif telah melaporkan anda sebagai kontak rapat melalui pautan yang diterima daripada notifikasi melalui SMS atau push notification.
b) Anda sendiri melaporkan bahawa anda adalah kontak rapat di “Status COVID-19.
c) Pejabat Kesihatan Daerah telah melaporkan bahawa anda adalah kontak rapat.
5. Bagaimana saya boleh mengemaskini maklumat peribadi saya yang silap seperti ejaan nama atau nombor kad pengenalan di aplikasi MySejahtera?
Jawapan
Di Helpdesk, pilih untuk Saya ingin mengemaskini Nama, Nombor Kad Pengenalan/Pasport ID Pengguna atau memadam akaun saya.
6. Bagaimana saya boleh mengemaskini maklumat peribadi saya yang silap seperti ejaan nama atau nombor kad pengenalan di sijil digital vaksinasi?
Jawapan:
Di Helpdesk, pilih “M” untuk Saya telah divaksin tetapi maklumat vaksinasi saya belum dikemaskini di Laman Vaksin saya. Sila masukkan nama penuh dan sahkan alamat emel untuk dihubungi. Pilih dos yang perlu dikemaskini. Seterusnya masukkan maklumat vaksinasi anda yang ingin dikemaskini.
7. Saya telah menukar nombor telefon/ telefon saya hilang. Bagaimana saya ingin menukar akaun/ID MySejahtera ke nombor baru?
Jawapan:
Di Helpdesk, pilih “C”. Saya ingin mengemaskini Nama, Nombor Kad Pengenalan/Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya. Lepas itu, pilih “G”. Saya ingin memadamkan akaun saya. Proses ini akan mengambil masa 48-72 jam. Anda boleh mendaftar akaun baharu selepas menerima emel pengesahan dari pihak My Sejahtera.
8. Saya sudah tamat tempoh kuarantin tetapi kenapa status saya masih High Risk?
Jawapan:
Sekiranya anda tidak bergejala sepanjang tempoh kuarantin, status anda akan ditukarkan kepada Low Risk selepas 10 hari, tetapi anda perlu terus mengisi penilaian kesihatan harian di tab “Perlu dilakukan sehingga hari ke-14.
Sekiranya anda mula bergejala dalam tempoh 14 hari tersebut, tempoh kuarantin akan reset ke-10 hari mulai tarikh anda baru melaporkan gejala.
Sekiranya anda baru melaporkan gejala pada hari ke-11 – 14. status anda akan ditukarkan ke Suspect case dan kekal High Risk untuk 10 hari lagi.
Sila isi penilaian kesihatan harian dengan berhati-hati dan betul.
9. Kenapa saya masih tidak mendapat sijil digital vaksinasi walaupun telah mendapat vaksinasi?
Jawapan:
Status vaksinasi mungkin tidak dikemaskini semasa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Di Helpdesk, pilih “M” untuk Saya telah divaksin tetapi maklumat vaksinasi saya belum dikemaskini di Laman Vaksin saya. Sila masukkan nama penuh dan sahkan alamat emel untuk dihubungi. Pilih dos yang perlu dikemaskini. Seterusnya masukkan maklumat vaksinasi anda.
Proses untuk mendapatkan sijil digital vaksinasi akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu kerana perlu melalui proses verifikasi dengan PPV yang berkenaan.
10. Bagaimana saya ingin memindahkan maklumat sijil vaksinasi “tanggungan” kepada akaun lain?
Jawapan:
Maklumat “tanggungan perlu dibuang terlebih dahulu di bahagian vaksinasi COVID-19, di ruangan tambah tanggungan vaksinasi”.
Seterusnya, tanggungan perlu mendaftar vaksin di akaun sendiri untuk mendapatkan semula maklumat sijil vaksinasi.
Sumber : KKM | SiakapKeli
No comments:
Post a Comment