COLOMBO 1 Okt. - Polis Sri Lanka menahan enam suspek bagi membantu siasatan berhubung kes serangan membabitkan sekumpulan sami Buddha terhadap penduduk Rohingya minggu lepas.
Seorang pegawai penyiasat yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti sami-sami yang mendalangi serangan tersebut ketika ini.
“Kami telah mengerahkan tiga pasukan untuk memberkas mereka,” kata pegawai berkenaan.
Dalam serangan Selasa lalu, sami-sami tersebut didakwa bertindak seperti ‘binatang’ apabila menyerbu kawasan penempatan Rohingya di pinggir Colombo dan mencederakan kumpulan pelarian terbabit termasuk kanak-kanak.
Susulan serangan tersebut, dua anggota polis turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika cuba menghalang tindakan mereka.
Allah s.w.t berfirman, maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Hujuraat 49:1 )
Dadah jenis heroin yang bernilai rm45,000 dirampas polis.
KOTA BHARU : Dadah jenis heroin dengan berat lebih 700 gram ditemui disorok di dalam sebuah sangkar burung milik seorang lelaki yang tinggal berhampiran Sungai Golok, di Kampung Lubuk Gong, Rantau Panjang, dua hari lalu.
Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Hassanuddin Hassan, heroin yang ditemui di dalam rumah itu dipercayai untuk pasaran Kelantan dan Terengganu dan boleh dijual kepada 75,000 orang penagih.
Dianggarkan, 215 botol lutsinar berbalut kertas surat khabar yang mengandungi heroin dan disorok di bawah bumbung sangkar burung berkenaan, bernilai lebih RM450,000.
Susulan penemuan itu, cawangan Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai pembawa bot penambang di Sungai Golok untuk siasatan.
“Kita masih siasat penglibatan lelaki berkenaan sama ada beliau merupakan pengedar atau pembawa bekalan dadah itu,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Beliau turut mengumumkan kepada media berhubung kejayaan polis negeri itu merampas dadah jenis heroin terbesar bagi tahun ini.
Hassanuddin berkata, lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai lima orang anak itu ditahan pasukan polis dalam serbuan yang dijalankan pada petang Jumaat selepas pihaknya menemui heroin berkenaan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, polis Kelantan turut mengesan sepasang suami isteri berusia 46 dan 33 tahun bagi membantu siasatan penemuan dadah bernilai lebih RM45,000, juga di Rantau Panjang, Kelantan.
Pelbagai jenis dadah, antaranya pil kuda, Eramin 5 dan Syabu, ditemui di rumah yang diduduki pasangan berkenaan pada 20 September lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Halaman Dunia Berbicara
Read More Here
-
Sayu!! Akibat Sikap Suami Yang Pentingkan Burung Dari Isteri Dan Anaknya… Mereka Ambik Keputusan Untuk Bunuh Diri Ibu Bawa Anak Bunuh D...
-
Allah s.w.t berfirman, maksudnya Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang ...
-
BILA DUNIA DIAKHIR ZAMAN... AGAMA DIBELAKANGKAN Akan datang bagi manusia suatu zaman dimana orang tidak peduli apakah harta yang diper...