KUCHING, 13 Sept -- Ketua Menteri Sarawak menolak spekulasi negeri itu akan menyediakan tempat tinggal sementara kepada pelarian Rohinya dari Myanmar.
“Kita tidak akan berbuat demikian,” kata Datuk Abang Johari Openg ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pelarian Rohingya masuk ke Sarawak.
“Saya pun tertanya siapa yang memulakannya (spekulasi). Kita tidak mahu terlibat dalam isu ini.”
Minggu lalu menteri pendidikan, sains, dan kajian teknologi Datuk Seri Micheal Manyin berkata beliau membantah sebarang cubaan membawa masuk masyarakat Rohingya terutamanya ke daerah Serian dan Bau.
Beliau menjawab tulisan di media sosial yang mendakwa sejumlah warga Rohingya akan ditempatkan di kawasannya di Serian.
Allah s.w.t berfirman, maksudnya:Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(At-Taubah 9:6 )
PUTRAJAYA: Kabinet memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Malaysia tidak akan dihantar ke Bau dan Serian di Sarawak, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Riot dalam kenyataan berkata jaminan itu diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Riot berkata isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak adalah berita palsu dan meminta semua pihak agar tidak mempercayai berita seperti dilaporkan beberapa media tempatan sejak ia menjadi tular di media sosial.
Beliau turut menggesa mereka yang menerima berita sedemikian menerusi platform media sosial supaya membuat laporan dengan pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya.
By Aldrin Nur - sempatkanlah mereka mendengar keterangan keterangan Allah dari kamu atau dari perbuatan kamu yang mengamal cara Islam lalu diikuti oleh mereka dan hantarlah ketempat yang ia beroleh aman..