7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.

     Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. " (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita solehah iaitu menunaikan solat fardu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya. Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Walaupun wanita mudah masuk syurga kenapa pula wanita ramai di neraka sebagaimana Nabi SAW melihat ketika Israk dan Mikraj.



"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah r.a bermaksud :
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?"
Baginda menjawab : "Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya".
Kemudian aku bertanya lagi : "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?"
Baginda menjawab : "Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud :
"Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan. Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami.Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri...
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yangmenderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya.
Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka.

Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.

1 - Menghina atau mengumpat suami
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.
2 - Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isterisentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.
3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.



5 - Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)
6 - Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.
Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)

7 - Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Sabda Rasulullah saw :
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
InsyaAllah mudah mudahan pembacaan ini ada manfaatnya dan sungguh berhikmah.

Apa itu BITCOIN




Sudah pasti masih ramai lagi yang tidak tahu APA ITU BITCOIN.
Dalam blog ini saya terangkan serba sedikit APA ITU BITCOIN agar kalian sapat memahaminya.

Bitcoin itu adalah cryptocurrency .
Atau dalam bahasa lebih mudah, matawang digital (digital currency ).
Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada Januari 2009. Berbeza dengan virtual currency , Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh  mereka yang menerima bitcoin sebagai mode of payment .

Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat
decentralized . Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. 

Memandangkan ia adalah decentralized digital currency , ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining.

Bitcoin Sebagai Pelaburan ?
Setakat ini saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa transaksi Bitcoin.
Dan saya lebih melihat Bitcoin sebagai medium of exchange.

Memetik kata-kata Warren Buffett:
Whether the currency a century from now is based on gold, seashells, shark teeth, or a piece of paper (as today), people will be willing to exchange a couple of minutes of their daily labor for a Coca-Cola or some See’s peanut brittle. In the future the U.S. population will move more goods, consume more food, and require more living space than it does now. People will forever exchange what they produce for what others produce.

Sekiranya ia adalah aset pelaburan sekalipun, maka sudah tentu rule of investment terpakai. Antaranya, berhati-hati dengan peluang yang menjanjikan dapat menjadi jutawan bitcoin dengan sekelip mata.

Bitcoin Halal Atau Haram ?
Ada situasi dapat berlaku.
Sekiranya Bitcoin sudah disepakati sebagai matawang. Maka sudah tentu hukum Shariah bay’ sarf diguna pakai. Hukumnya sama seperti jual beli emas, perak dan duit kertas.
Sekiranya Bitcoin ini akhirnya menjadi komoditi digital sahaja, maka jual beli lah sesuka hatimu.
Kita tunggu sekiranya Shariah scholar membuat penyelidikan mengenainya.
Dan didalam perkara halal atau haram berkaitan bitcoin, kalian juga bisa mendapat rujukan dari mereka yang berpengetahuan dalam agama berkaitan bitcoin.

Bagaimana Untuk Memulakan Aktiviti Jual Beli Bitcoin di Malaysia ?
Saya mencadangkan kalian bermula di sini atau untuk sign up free, buy and sell bitcoin.





            Dan boleh juga bermula disini
Iaitu dengan membaca artikel mengenai Bitcoin yang disediakan oleh Suraya menerusi laman blognya RinggitOhRinggit.

-->FAQ: Everything You Should Know about Bitcoin in Malaysia, as a Newbie


Jika kalian mempunyai info berkenaan Bitcoin dalam ruangan komen.

Kerana -BURUNG- lebih penting, isteri dan anak anaknya bunuh diri.

Sayu!! Akibat Sikap Suami Yang Pentingkan Burung Dari Isteri Dan Anaknya… Mereka Ambik Keputusan Untuk Bunuh Diri

Ibu Bawa Anak Bunuh Diri Kerana Suami Lebih Sayangkan Burung|Seorang ibu beranak satu dipercayai mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri terjun dari jembatan Ke sungai di desa Pemali jawa tengah, lebih memilukan wanita itu turut membawa anak perempuannya yang masih berusia 3 tahun.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
“Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada di sampingmu, barang siapa tidak memerintahkan supaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia khianat kepada Allah dan Rasul-Nya .”


Dua beranak berkenan dilaporkan hilang sejak 04/02/2017 lalu,namun baru semalam anggota tim sar menemukan satu dari dua mangsa yang dikuatiri bunuh diri itu,jasad Assyira 3 tahun ditemukan separuh membusuk kira kira 10 km dari jembatan loncatan.Manakala ibunya Ayu Retno Sari 21 dikatakan masih belum ditemukan hingga sekarang.

Kepolisian daerah Pemali Wagito mengatakandari petunjuk dan dan saksi yang ada hasil penyiasata mengarah kepada mangsa bunuh diri,katanya.
Hal itu turut diperkuat dengan seorang saksi yang melihat wanita itu bolak balik di jembatan sambil mendukung anaknya,
Keduanya sempat di tegur agar tidak terlalu dekat dengan bibir jembatan,tak lama kemudian ibu dan anak itu sudah hilang dari jembatan,sejumlah warga yang melihat cuba turun kebawah untuk mencari mereka namun gagal kata Wagito
Sementara hasil siasatan lanjut mendapati mangsa diketahui bergaduh dengan suaminya sebelum dikabarkan hilang.Katanya Ayu Retno Sari kesal dengan suami yang mementingka burung peliharaannya berbanding isteri dan anaknya.

Namun pihak polis masih lagi membentangkan siasatan kepada suami dan jiran mangsa adakah benar pertengkaran yang disebut sebut berpunca dari suami yang mementingkan burung itu adalah benar.
Mayat mangsa Assyira 3 yang ditemukan semalam sempat dibawa ke hospital sebelum di tanam,Andik hanya mampu tertunduk dan menangis melihat jasad anak semata wayangnya.
Saya kesal dengan apa yang berlaku,ini salah saya katanya sambil menahan kedip mata takut air matanya yang sudah bertakung jatuh.



Allah s.w.t berfirman maksudnya: "Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu. " (QS. Al-Baqoroh [2]:187)

Maka semoga kita tidak mementingkan sesuatu yang lain kerana jika kita lebih pentingkan yang lain selain isteri maka sesuatu itu seumpama pakaian pakaian kamu.

Sumber: infoviralterbaru

Betul kah bohong? “TERUK SANGAT KE BUKA KELAB MALAM? APABILA SAYA YANG BUKA, SEMUA MEMPERTIKAIKAN SAYA?”AWIE BAKAL BUKA TIGA LAGI KELAB MALAM..!

     BILA DUNIA DIAKHIR ZAMAN... AGAMA DIBELAKANGKAN
Akan datang bagi manusia suatu zaman dimana orang tidak peduli apakah harta yang diperolehnya halal atau haram. (HR. Bukhari)
Tak jarang juga masyarakat mengagumi/menghormati orang yang kaya meski mereka tahu bahwa kekayaannya didapat dari hasil korupsi/haram.
Rasulullah S.A.W: Janganlah kamu mengagumi orang yang terbentang kedua lengannya menumpahkan darah. Di sisi Allah dia adalah pembunuh yang tidak mati. Jangan pula kamu mengagumi orang yang memperoleh harta dari yang haram. Sesungguhnya bila dia menafkahkannya atau bersedekah maka tidak akan diterima oleh Allah dan bila disimpan hartanya tidak akan berkah. Bila tersisa pun hartanya akan menjadi bekalnya di neraka. (HR. Abu Dawud)

PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi.

Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.
Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.

          Dari Abu Hurairoh ra, ia berkata: “Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu baik, tidak mau menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin (seperti) apa yang telah diperintahkan kepada para rosul, Allah berfirman, “Wahai para Rosul makanlah dari segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amal sholih” (QS Al Mukminun: 51). Dan Dia berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik yang telah Kami berikan kepadamu” (QS Al Baqoroh: 172). Kemudian beliau menceritakan kisah seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu. Dia menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdoa: ”Wahai Robbku, wahai Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan (perutnya) dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana mungkin orang seperti ini dikabulkan do’anya.” (HR. Muslim)

Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.

Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.
“Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.
“Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis,” katanya.

sumber: -buletinkampung.

Halaman Dunia Berbicara

Ciri - ciri dan sifat Wanita Solehah menurut Islam. Halaman-dunia

Read More Here