Adakah Anda Seorang Lelaki Yang Dayus?

Bagaimana keadaan para lelaki di akhir zaman? Adakah mereka sebenarnya benar benar memikul tanggungjawab yang diamanahkan keatas mereka? Ataupun sudah bergelar sebagai DAYUS? Ada juga para lelaki yang mengatakan isteri isteri mereka telah nusyuz (derhaka) namun adakah para lelaki yang bergelar suami membimbing mereka? Atau sudah bergelar dayus?

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan DAYUS?

Dayus ialah dimaksudkan kepada orang yang membiarkan atau merelakan keluarganya melakukan maksiat tanpa dicari jalan untuk mencegahnya.Umpamanya seorang suami membiarkan isterinya bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram.Sementara isteri pula merelakan dirinya sebegitu.Atau kedua ibu bapa membiarkan anak-anak mereka melakukan pergaulan bebas dan melakukan maksiat. Tahukah anda,bahawa perkara ini tergolong dalam dosa besar.

WAHAI PARA LELAKI ATAUPUN LELAKI YANG SUDAH BERGELAR SEBAGAI SUAMI, SILAKAN MEMBACA, MERENUNGKAN APA ITU DAYUS.

Menurut Islam Dan Pengertiannya | Bukan mudah menjadi suami kerana tanggungjawab yang digalas oleh suami adalah sangat besar terutama dalam bab tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada isu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w tidak akan masuk syurga.
Nabi s.a.w bersabda :
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus. (H.R. Ahmad dan An-Nasaie; Albani mengesahkannya Sahih : Ghayatul Maram, no. 278)

Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga: Orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya. (H.R. Ahmad)

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

Erti Dayus
Maksud Lelaki Dayus Menurut Islam Dan Pengertiannya 1Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :
1. Sabda Nabi s.a.w :
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
2. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi :-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah dayus, ia adalah seperti berikut :
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : Cemburu lawannya dayus. (Umdatul Qari, 18/228)
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya. (Faidhul Qadir, 3/327)
Imam Az-Zahabi pula berkata :
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya. (Al-Kabair, 1/62)
Imam Ibn Qayyim pula berkata :
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus Adalah Dosa Besar
Ulama’ Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320)

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina. (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186)
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat. (Al-kabair, 1/45)
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi s.a.w bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya : Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak). (H.R. Ahmad, no. 1445, 1/168)
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda menyebut tentang keterlanjuran mereka secara ‘ringan’ dan ‘berat’, mereka ingin mengetahui cara bertaubat.
‘Ringan-ringan’ Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin ditegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumahtangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.
Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumahtangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak handphone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.
Pasti akan ada wanita yang kata, “Habis, kami ini tak payah check suami kami ke ustaz?” Jawabnya, perlu juga, cuma topic sekarang ni sedang menceritakan tanggungjawab suami. Maka perlulah fokus kepada tugas suami dulu.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi :
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi s.a.w bersabda : Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad? Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

Bila Lelaki menjadi Dayus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sama sekali.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati: “Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku.”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang untuk ke syurga Allah s.w.t. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi s.a.w bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid. 
(H.R. Ahmad; sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Renung-renungkan.

WowApp Review - Scam, Virus atau Legit?

Jika anda melihat WowApp hanya untuk mendapatkan wang anda maka saya akan sangat menyarankan melihat di sini dan anda boleh mendapat lebih banyak lagi.

-------

Ketika saya pertama kali mendengar tentang WowApp dari seseorang yang tahu saya saya ragu-ragu dan berhati-hati. Adakah ini penipuan? Adakah virus komputer? Bagaimanakah anda boleh mendapatkan wang dari aplikasi pesanan percuma dan tidak membelanjakan wang? Harus ada tangkapan.
Sebagai seorang penyelidik dan jurutera perisian komputer lama saya memulakan penyelidikan saya.

Sebelum mendaftar dan memuat turun aplikasi saya pergi "WowApp" dan saya membaca apa-apa tetapi perkara-perkara yang baik kemudian "WowApp virus" dan mendapati tiada siapa yang mempunyai sebarang masalah. Kemudian WowApp Selamat dan mendapati ia dinilai sebagai selamat. Kemudian saya menyemak Youtube dan terdapat banyak video orang yang mempromosikannya. Kebanyakannya dari Eropah dan Amerika Selatan.

Saya kemudian menyemak beberapa video Youtube dan melihat syarikat itu diasaskan oleh Thomas Knobel dari NobelGlobe.com
Saya pasti kagum dengan segala yang saya dapati. Sangat legit dalam penemuan saya.

Jadi selepas merasa selesa saya mendaftar. Itu tidak menyakitkan tetapi sejak saya mendaftar di komputer Windows saya diminta memuat turun aplikasinya di komputer saya. Sejak saya menggunakan komputer saya untuk pembangunan saya tidak memuat turun apa-apa perisian jadi saya pergi ke App Store di telefon saya dan mencari WowApp dan dipasang di sana.

Wow! Saya sangat kagum dengan kualiti dan reka bentuk. Hanya hakikat bahawa mereka mengerjakan semua platform tentu saja mengagumkan. Saya bercakap dengan orang yang menjemput saya dan kemudian saya menjemput isteri saya untuk telefonnya dan kami mencuba semua ciri. Kami pertama kali bersenang-senang dengan emotikon dan ikon kemudian saya masuk ke bilik yang berasingan dan mencuba setiap ciri panggilan terlebih dahulu suara itu kemudian video dan kemudian mod swasta.
Semuanya sangat baik. Kualitinya hebat sekurang-kurangnya untuk wifi. Kemudian ketika dia keluar kami mencuba menggunakan 3g dan audio itu sangat baik. Lebih baik daripada Facebook Messenger.

Keesokan harinya ketika saya membesarkan aplikasi, saya mendengar bunyi drop syiling ini dan saya hanya membuat beberapa duit syiling. Awesome! Saya tahu ia hanya beberapa sen tetapi saya faham kuasa pendaraban.
Saya ingin tahu mengenai struktur komisen dan jadi selepas penyelidikan yang lebih banyak ini saya dapati:

Struktur Suruhanjaya WowApp terperinci

Struktur komisen WowApp sangat mudah difahami dan dilakukan. Ia seperti program Affiliate Plus. Program afiliasi adalah di mana anda berkongsi pautan anda dengan sebanyak mungkin orang untuk membuat peratusan tertentu untuk usaha anda. Sebagai contoh apabila saya berkongsi pautan saya untuk Amazon.com, saya boleh mendapat 6% hingga 10% daripada pembelian seseorang di Amazon selama beberapa hari selepas mereka mengklik padanya.

Masalahnya ialah saya hanya dibayar hanya atas usaha saya. Jika saya memberitahu seseorang mengenai syarikat dan mereka berlari dengannya dan mendapatkan orang lain untuk membeli saya tidak mendapat apa-apa kerana membawanya ke perhatian mereka. 🙁 Oh, ke manakah keadilan dalam hal ini? 😉
Sekarang WowApp menggunakan program Affiliate Plus dan bahagian Plus adalah anda mendapat komisen dari orang-orang yang dijemput oleh orang-orang yang anda dijemput untuk 8 generasi. Wow! Itu kuat!

Jadi anda hanya berkongsi pautan afiliasi anda dengan seberapa banyak orang yang boleh. Kemudian anda menjadi generasi pertama mereka dan anda mendapat 25% komisen hasil tontonan iklan mereka dan 5% dari perkhidmatan mereka yang dibeli seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Sekarang apabila mereka berkongsi WowApp dengan rakan-rakan mereka, mereka adalah generasi pertama kepada mereka sehingga mereka mendapat 25% dan anda adalah generasi kedua sehingga anda membuat 12.5% ​​dari hasil iklan mereka dan 2.5% dari pembelian mereka. Dan seterusnya ke generasi ke-8.
Oh ditambah saya tidak menyebutkan ini tetapi mungkin ia perlu Affiliate Plus Plus kerana anda juga mendapat komisen 20% dari tontonan iklan anda sendiri dan 10% dari pembelian sendiri perkhidmatan anda. Malah Amazon tidak melakukannya. Sebagai contoh, saya tidak boleh menggunakan pautan sekutu saya dan dibayar dari pembelian saya sendiri dari Amazon 🙁 muka sedih lagi. Tetapi WowApp menakjubkan!

Berikut adalah jadual komisen pembayaran WowApp:

Dengan pendapatan iklan mereka membayar 70% daripada apa yang WowApp membuat:
Pengguna mendapat 20% daripada pendapatan menonton iklan mereka sendiri.

Generasi 1 = 25% (Penaja mereka)
Generasi 2 = 12.5% ​​(Penaja mereka, penaja)
Generasi 3 = 6.25% (Sponsor, sponsor, penaja)
Generasi 4 = 3.12% (Dan seterusnya kepada generasi ke-8)
Generasi 5 = 1.56%
Generasi 6 = .78%
Generasi 7 = .39%
Generasi 8 = .19%

Kemudian jika anda atau seseorang dalam rangkaian anda membeli # telefon maya # atau beli dan gunakan menit panggilan maka mereka membayar jadual ini:
Pengguna mendapat kembali 10% di Wowcoins (ini boleh ditukar seperti yang ditunjukkan kemudian)

Generasi 1 = 5% (Penaja mereka)
Generasi 2 = 2.5% (Penaja, sponsor mereka)
Generasi 3 = 1.25% (Sponsor, sponsor, penaja)
Generasi 4 = .625% (Dan seterusnya kepada generasi ke-8)
Generasi 5 = .3125%
Generasi 6 = .15625%
Generasi 7 = .078125%
Generasi 8 = .0390625%

Ini adalah kira-kira 19.96% daripada jumlah kasar tetapi kerana ada perbelanjaan untuk ini saya yakin bahawa jumlah ini adalah kira-kira 70% pendapatan mereka tolak perbelanjaan. Inilah yang mereka maksudkan dengan hasil / margin.
Izinkan saya memberi anda contoh kuasa program Affiliate Plus ini.

Katakanlah untuk memulakan anda mempunyai 5 kawan yang ingin mencuba WowApp. Jika ini adalah program affiliate biasa anda akan membuat kira-kira $ 1 sebulan dari penggunaan itu. Ok tidak terlalu menarik. Hei, tapi setidaknya itu masih lebih daripada apa yang dibayar oleh apl lain.
Ok tapi dengan Affiliate Plus mereka 5 juga berkongsi dengan 5 yang berkongsi dengan 5 yang berkongsi dengan 5 hingga ke-8 generasi. Itu adalah 390,625 orang yang luar biasa bahawa anda dibayar komisen! Adakah anda melihatnya?

Sekarang walaupun orang-orang itu hanya memperoleh satu sen setiap bulan yang akan menjadi $ 3,906.25 sebulan! Oleh itu, adakah anda dapat melihat bagaimana duit boleh ditambah?
Sudah tentu pendapatan anda bergantung pada anda dan rangkaian orang anda dan bukan semua orang akan membagikannya dengan 5 tetapi anda mungkin mendapatkan beberapa yang boleh membaginya kepada 1.000. Tetapi jika anda tidak memberitahu sesiapa dan berbual dengan sesiapa sahaja, anda tidak mendapat apa-apa.

Sekiranya anda dapat mencari remaja dan orang dewasa muda yang menghabiskan hidup mereka berbual dengan rakan-rakan mereka, maka anda mungkin telah memukul lombong emas. Jika anda berkongsi ini dengan Penjual Langsung, Pemasar Rangkaian dan orang yang melakukan MLM dan mereka mendapatkan orang mereka untuk menggunakan WowApp untuk komunikasi mereka dan untuk membantu mereka mempromosikan peluang mereka maka itu adalah lombong emas yang lain.

Lebih murah daripada Skype (Pengalaman Dari Seorang Teman)

wowappmenuSo saya pergi ke hadapan dan membeli # maya untuk Amerika Syarikat dan ia hanya $ 18 USD. Skype mengenakan bayaran hampir $ 60 untuk perkara yang sama. Selepas pembelian saya, saya dengan serta-merta menerima komisen 10% iaitu 180 Wowcoins atau $ 1,80 USD. Wow! Sejak saya membeli kredit $ 20 saya mempunyai $ 2.00 dalam kredit panggilan supaya saya mencuba juga dan kadar ke telefon # di Amerika Syarikat adalah hanya .5 ¢ iaitu 1/2 sen seminit. Wow! Kualiti panggilan juga sangat baik. Nice.
Saya memberitahu rakan dan dia menyertai dan selepas melihat kadar yang besar dia membeli kredit untuk menghubungi kawan-kawannya di Kemboja. Skype adalah 30 ¢ seminit dan sekarang WowApp hanya 5.9 ¢ seminit. Apa penjimatan yang hebat!
Lebih banyak orang yang menyertai saya semakin saya menggunakan WowApp secara percuma untuk terus berhubung dan melakukan komunikasi saya. Saya benar-benar mengeluarkan WhatsApp, WeChat dan Skype dari telefon saya dan beritahu kawan-kawan dan rakan perniagaan saya yang menggunakan WowApp sekarang.
Kepada saya ini seperti langkah dari MySpace ke Facebook. Ingat MySpace? Saya tidak mempunyai Microsoft Skype untuk $ 8.5 bilion dan sekarang kami mempunyai WowApp untuk mengambil alih.

Saya bersenang-senang untuk berbual dengan Thomas dan saya sangat teruja dengan apa yang dipegang masa depan untuk WowApp dan mereka yang dapat menangkap wawasannya dan masuk sekarang. Sehingga 26 Januari 2016 terdapat kira-kira 900,000 pengguna dan mereka kebanyakannya di Eropah sejak itu di mana syarikat telah mempromosikannya.
Terdapat 900 juta pengguna WhatsApp, 650 juta pengguna WeChat dan 300 juta pengguna Skype. Pasaran pesanan segera sangat besar dan peluangnya luar biasa. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun WowApp anda sekarang adalah masa untuk memulakan dan mula menjemput rakan anda.
Jika anda fikir ini adalah beberapa jenis skim piramid maka anda tersilap. Skim piramid adalah di mana orang menyertai wang untuk mendapatkan orang lain untuk memberi mereka wang dan sebagainya. Ini adalah buruk dan tidak sah di banyak negara kerana ramai orang kehilangan wang mereka.
WowApp hanyalah satu peluang yang jujur ​​yang bebas untuk bergabung, bebas untuk digunakan dan mereka berkongsi pendapatan mereka dengan pengguna. Semua orang menang dengan WowApp.

Melepaskan Wowcoins anda

Komisen anda dibayar dalam Wowcoins dan bukan mata wang atau komoditi seperti bitcoin atau mata wang kripto yang lain. Anda tidak boleh bertukar Wowcoins di mana-mana sahaja. Mereka hanya cara dalaman yang mengira WowApp semuanya.
WowApp memberi anda beberapa cara untuk mengeluarkan Wowcoins anda. Setiap Wowcoin adalah sama dengan 1 ¢ USD. Jadi setiap 100 Wowcoins adalah $ 1 USD.
Sebaik sahaja anda mencapai 10 Wowcoins (10 ¢), anda boleh memberikannya kepada salah satu daripada 2,000 organisasi kebajikan. Sebaik sahaja anda mencapai 100 Wowcoins ($ 1 USD) anda boleh bertukar ke kredit panggilan atau hantar ke Kad Kredit, akaun PayPal atau Akaun Bank anda. Untuk 3 pilihan terakhir ini terdapat yuran transaksi $ 1 USD + 8%.

Sertai saya dan saya akan membantu anda

WowApp menonjol bukan penipuan, bukan virus dan benar-benar sah. Ia adalah percuma untuk mendaftar, bebas untuk menggunakan aplikasi untuk aplikasi dan anda membuat wang. Bagaimana mungkin ia menjadi penipuan? Sebenarnya saya tidak nampak siapa-siapa yang memanggilnya penipuan tetapi orang sentiasa pergi untuk melihat apa yang orang lain katakan. Saya juga memasangnya di komputer saya sekarang dan semua peranti saya. Saya sangat kagum!
Sebagai pemaju perisian, saya telah menyediakan laman web ini untuk membantu mempromosikan WowApp ke dunia. Untuk menyertai WowApp hanya klik pada butang di bawah untuk mendaftar dan bermula:

                                            FREE SIGN UP

WowApp Membayar Anda Untuk Sesuatu Yang Anda Lakukan Setiap Hari

Sepertimana yang kita ketahui dalam zaman ini terlalu banyak aplikasi yang kita gunakan untuk berhubung diantara satu dengan yang lain seumpama whatsapp, dan sebagainya sehingga bukan anak anak muda saja yang meminatinya namun orang juga tua juga menggunakan Instant Messenger dalam  beberapa jenis pada 8telefon pintar  namun adakah kita dibayar?

Tahukah anda ada 1 bilion orang yang menggunakan WhatsApp, 800 juta menggunakan Facebook Messenger dan 300 juta menggunakan Skype masing-masing dan setiap hari? Adakah kita dibayar  bila mengunakan aplikasi seperti skype, atau kita menonton video, adakah kita dibayar?

Kini sesuatu yang anda, rakan dan keluarga anda lakukan setiap hari boleh menghasilkan wang anda tanpa membelanjakan sesen pun.

Dalam sehari pendapatan
 anda boleh mencapai
$2, 499/day
FREE SIGNUP


Memperkenalkan WowApp. WowApp adalah aplikasi pesanan percuma yang bebas untuk memuat turun, percuma untuk digunakan dan berfungsi pada iPhone, iPad, Android, Windows dan Mac.

Aktiviti Di Apps Media Sosial #WowApp PERCUMA & TERKINI:-
~Berchatting Anda Di Bayar
~Panggilan Video Anda Di Bayar
~Hantar Selfie Anda Di Bayar
~Shopping OnLine Anda Di Bayar
~Share Location Anda Di Bayar
~Nonton Video Anda Di Bayar
~Hantar Gambar Anda Di Bayar
~Panggilan Murah Luar & Dalam Negeri Anda Di Bayar
~Layari Iklan-Iklan Anda Di Bayar
~Lock Screen Saver Anda Di Bayar
~Promosi WowApp Anda Di Bayar
~Create Group Chatting Anda Di Bayar
~Main Games And Di Bayar
~Muaturun/Download Solfware Anda Di Bayar
~Dan Banyak Lagi




Bentuk Bayaran Dalam Point Di Panggil WowCoin Dan Boleh Tebus/Redeem. 1 Point WowCoin Bersamaan $ 0.01 USD. 100 wow coin = 1usd
Tebus/Redeem Point WowCoin Boleh Guna PayPal, Kad Kredit, Mobil Kredit, WowCredit  Bank-In OnLine Tranfer & Charity Do Good.

WowApp berkongsi sehingga 70% pendapatan mereka dengan pengguna. Satu aliran pendapatan adalah dari iklan kecil yang dipaparkan di bahagian atas tetingkap sembang dan ini menghasilkan anda dan wang teman anda!
Apabila pendapatan anda berkembang, anda boleh membuat amal kebajikan iaitu menderma dari salah satu daripada 2,000 badan amal atau hantar ke kad kredit anda, akaun Paypal atau akaun bank.

Informasi Lanjut WowApp - WowApp Review - Scam, Virus atau Legit?

Dengan WowApp anda bukan sahaja membuat wang kerana anda menggunakan WowApp tetapi anda juga membuat wang dari orang lain yang anda dan rakan anda memperkenalkan kepada WowApp. Anda sebenarnya boleh mendapat komisen kepada generasi ke-8 yang mungkin bermakna walaupun anda memperoleh hanya satu sen dari semua orang, ia dapat menjadi jumlah yang signifikan di jalan.
Untuk bermula hanya melihat arahan permulaan atau jika anda tidak boleh menunggu klik di bawah. Klik free sign up dan download aplikasi WowApp untuk memperolehi pendapatan sepanjang hayat anda.

                                    FREE SIGNUP



7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.

     Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. " (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita solehah iaitu menunaikan solat fardu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya. Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Walaupun wanita mudah masuk syurga kenapa pula wanita ramai di neraka sebagaimana Nabi SAW melihat ketika Israk dan Mikraj.



"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah r.a bermaksud :
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?"
Baginda menjawab : "Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya".
Kemudian aku bertanya lagi : "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?"
Baginda menjawab : "Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud :
"Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan. Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami.Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri...
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yangmenderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya.
Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka.

Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.

1 - Menghina atau mengumpat suami
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.
2 - Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isterisentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.
3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.



5 - Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)
6 - Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.
Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)

7 - Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Sabda Rasulullah saw :
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
InsyaAllah mudah mudahan pembacaan ini ada manfaatnya dan sungguh berhikmah.

Halaman Dunia Berbicara

Ciri - ciri dan sifat Wanita Solehah menurut Islam. Halaman-dunia

Read More Here