Kerana -BURUNG- lebih penting, isteri dan anak anaknya bunuh diri.

Sayu!! Akibat Sikap Suami Yang Pentingkan Burung Dari Isteri Dan Anaknya… Mereka Ambik Keputusan Untuk Bunuh Diri

Ibu Bawa Anak Bunuh Diri Kerana Suami Lebih Sayangkan Burung|Seorang ibu beranak satu dipercayai mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri terjun dari jembatan Ke sungai di desa Pemali jawa tengah, lebih memilukan wanita itu turut membawa anak perempuannya yang masih berusia 3 tahun.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
“Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada di sampingmu, barang siapa tidak memerintahkan supaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia khianat kepada Allah dan Rasul-Nya .”


Dua beranak berkenan dilaporkan hilang sejak 04/02/2017 lalu,namun baru semalam anggota tim sar menemukan satu dari dua mangsa yang dikuatiri bunuh diri itu,jasad Assyira 3 tahun ditemukan separuh membusuk kira kira 10 km dari jembatan loncatan.Manakala ibunya Ayu Retno Sari 21 dikatakan masih belum ditemukan hingga sekarang.

Kepolisian daerah Pemali Wagito mengatakandari petunjuk dan dan saksi yang ada hasil penyiasata mengarah kepada mangsa bunuh diri,katanya.
Hal itu turut diperkuat dengan seorang saksi yang melihat wanita itu bolak balik di jembatan sambil mendukung anaknya,
Keduanya sempat di tegur agar tidak terlalu dekat dengan bibir jembatan,tak lama kemudian ibu dan anak itu sudah hilang dari jembatan,sejumlah warga yang melihat cuba turun kebawah untuk mencari mereka namun gagal kata Wagito
Sementara hasil siasatan lanjut mendapati mangsa diketahui bergaduh dengan suaminya sebelum dikabarkan hilang.Katanya Ayu Retno Sari kesal dengan suami yang mementingka burung peliharaannya berbanding isteri dan anaknya.

Namun pihak polis masih lagi membentangkan siasatan kepada suami dan jiran mangsa adakah benar pertengkaran yang disebut sebut berpunca dari suami yang mementingkan burung itu adalah benar.
Mayat mangsa Assyira 3 yang ditemukan semalam sempat dibawa ke hospital sebelum di tanam,Andik hanya mampu tertunduk dan menangis melihat jasad anak semata wayangnya.
Saya kesal dengan apa yang berlaku,ini salah saya katanya sambil menahan kedip mata takut air matanya yang sudah bertakung jatuh.



Allah s.w.t berfirman maksudnya: "Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu. " (QS. Al-Baqoroh [2]:187)

Maka semoga kita tidak mementingkan sesuatu yang lain kerana jika kita lebih pentingkan yang lain selain isteri maka sesuatu itu seumpama pakaian pakaian kamu.

Sumber: infoviralterbaru

Betul kah bohong? “TERUK SANGAT KE BUKA KELAB MALAM? APABILA SAYA YANG BUKA, SEMUA MEMPERTIKAIKAN SAYA?”AWIE BAKAL BUKA TIGA LAGI KELAB MALAM..!

     BILA DUNIA DIAKHIR ZAMAN... AGAMA DIBELAKANGKAN
Akan datang bagi manusia suatu zaman dimana orang tidak peduli apakah harta yang diperolehnya halal atau haram. (HR. Bukhari)
Tak jarang juga masyarakat mengagumi/menghormati orang yang kaya meski mereka tahu bahwa kekayaannya didapat dari hasil korupsi/haram.
Rasulullah S.A.W: Janganlah kamu mengagumi orang yang terbentang kedua lengannya menumpahkan darah. Di sisi Allah dia adalah pembunuh yang tidak mati. Jangan pula kamu mengagumi orang yang memperoleh harta dari yang haram. Sesungguhnya bila dia menafkahkannya atau bersedekah maka tidak akan diterima oleh Allah dan bila disimpan hartanya tidak akan berkah. Bila tersisa pun hartanya akan menjadi bekalnya di neraka. (HR. Abu Dawud)

PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi.

Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.
Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.

          Dari Abu Hurairoh ra, ia berkata: “Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu baik, tidak mau menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin (seperti) apa yang telah diperintahkan kepada para rosul, Allah berfirman, “Wahai para Rosul makanlah dari segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amal sholih” (QS Al Mukminun: 51). Dan Dia berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik yang telah Kami berikan kepadamu” (QS Al Baqoroh: 172). Kemudian beliau menceritakan kisah seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu. Dia menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdoa: ”Wahai Robbku, wahai Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan (perutnya) dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana mungkin orang seperti ini dikabulkan do’anya.” (HR. Muslim)

Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.

Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.
“Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.
“Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis,” katanya.

sumber: -buletinkampung.

Kenapa, dikatakan fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh?


Sebelum ini saya pernah katakan yang saya akan terangkan serba sedikit Kenapa dikatakan fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh didalam blog saya yang lepas iaitu:
KEHIDUPAN... Dunia Akhir Zaman

          Sememangnya ramai yang mengulas ataupun menerangkan apa itu fitnah dan kenapa lebih merbahaya daripada membunuh. Dan dalam zaman ini ramai tidak sedar telah membuat fitnah. Semoga kita senantiasa berhati hati agar tidak melakukannya.
Maksud fitnah: Fitnah merupakan suatu kebohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa yang tak terampuni oleh Allah S.W.T. Oleh karenya, Islam melarang umatnya memfitnah sebab fitnah adalah haram. Fitnah itu bila kita katakan yang tiada, laksanakan yang tiada, tidak menurut syarak...menjadi ada...dan yang perlu  ada didalam Islam untuk setiap satu urusan menjadi tiada.

Dan didalam surah Al Baqarah ada dinyatakan berkaitan fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh kenapa?
Allah s.w.t berfirman maksudnya
Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(Al-Baqarah 2:191 )
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:193 )


KENAPA? LEBIH MERBAHAYA DARIPADA MEMBUNUH.
Sebelumnya fahamai terlebih dahulu tentang hadis dibawah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
Tahukah kalian apa itu ghibah (menggunjing)?. Para sahabat menjawab : Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. Kemudian beliau bersabda : Ghibah adalah engkau membicarakan tentang saudaramu sesuatu yang dia benci. Ada yang bertanya. Wahai Rasulullah bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?. Beliau menjawab : Jika yang kalian katakan itu betul, berarti kalian telah berbuat ghibah. Dan jika apa yang kalian katakan tidak betul, berarti kalian telah memfitnah (mengucapkan suatu kedustaan).
Melalui pemahaman saya, bila kita mengatakan sesuatu lalu perkara itu tidak betul dan tiada didalam diri seseorang maka kita telah memfitnahnya maka bagaimana bila kita melaksanakan sesuatu urusan dan didalam urusan itu kita katakan dan perbuat sesuatu dengan menurut cara, peraturan yang tiada didalam Islam dan tidak menurut syarak... maka kita telah memfitnah agama kita sendiri yakni cara, peraturan agama kita sendiri. Kita mentiadakan yang perlu ada dan mengada kan yang tiada. Dimana bahayanya?
Bahayanya, membolehkan kita terkeluar dari agama kita sendiri, dan mengeluarkan ramai orang mahupun tanggungan kita sendiri dari agama yang dianuti. membolehkan terbatal urusan/ibadah yang kita lakukan...dan jika tidak diubah dan bertaubat...bahayanya... tiada siapa dalam umat Islam yang mahu  masuk neraka kan?
Itulah bahayanya...bahaya daripada membunuh kerana boleh mengeluarkan seseorang itu dari agama yang dianutinya.
Apapun cara didalam setiap urusan apapun, seumpama cara dalam pemakaian(seumpama zaman ini ramai yang berpakaian tapi umpama telanjang, tidak melabuhkan pakaian), pemakanan hinggalah cara didalam pemerintahan(corak pemerintahan zaman ini amat kurang membawa rakyat beriman padaNya)...ditiadakan.

Apatah lagi bila seseorang pemerintah, memerintah dengan menurut cara, pertaturan yang tiada dalam Islam mahupun tidak menurut hukum syarak, maka dirinya sendiri telah mengeluarkan dirinya dari agama dan ditambah dengan rakyat yang ramai lalu menurut cara pemerintahan si pemerintah tadi...maka apa yang terjadi...berleluasa kebatilan dan kesyirikan.

Dari Abdullah bin Amru bin ‘Ash bahwa Rasulullah bersabda,
“Tidak ada seorang nabi pun sebelumku kecuali pasti menerangkan seluruh kebaikan kepada umatnya dan memperingatkan umatnya dari seluruh keburukan. Sesungguhnya umat kalian ini, kesempatannya dijadikan berada pada generasi awal. Ada pun generasi-generasi di akhir zaman akan menghadapi ujian besar dan perkara-perkara yang kalian ingkari.
Akan datang sebuah fitnah, sebagiannya lebih ringan dari sebagian lainnya (maksudnya: beratnya fitnah yang tengah menimpa akan dianggap lebih ringan bila dibandingkan beratnya fitnah yang akan terjadi sesudahnya). Setelah itu datang fitnah yang lain, maka seorang mukmin akan mengatakan, “Inilah yang membawa kebinasaanku.” Namun ternyata fitnah itu akhirnya berlalu dan datanglah fitnah yang lain, sehingga seorang mukmin berkata, ”Barangkali fitnah inilah yang akan membawa kehancuranku… barangkali fitnah inilah yang akan membawa kehancuranku.”(HR.Muslim Kitab Al-Imarah no.3431, An-Nasa’i, Ibnu Majah, dan Ahmad).


Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, ”Sesungguhnya, menjelang terjadinya Kiamat ada fitnah-fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap gulita, pada pagi hari seseorang dalam keadaan beriman, tetapi pada petang hari ia menjadi kafir. Sebaliknya pada petang hari seseorang dalam keadaan beriman, namun di pagi hari ia dalam keadaan kafir. Orang yang duduk pada masa itu lebih baik daripada yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berjalan cepat. Maka, patahkan busur kalian, putus-putuslah tali kalian, dan pukullah pedang kalian dengan batu. Jika salah seorang dari kalian kedatangan fitnah-fitnah ini, hendaklah ia bersikap seperti anak terbaik di antara dua anak Adam (yakni sikap seperti Habil, jangan seperti Qabil).” (HR.Abu Daud no.4259).
Abu Hurairah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah bersabda, “Bersegeralah kalian melakukan amal saleh sebelum datangnya fitnah yang seperti potongan-potongan malam yang gelap gulita. Pagi-pagi seseorang masih beriman, tetapi di sore hari sudah menjadi kafir; dan sore hari seseorang masih beriman, kemudian di pagi harinya sudah menjadi kafir.” (HR. Muslim: Kitab Al-Iman no.169).

Namun di antara berbagai fitnah yang dinubuatkan oleh beliau
Shalallaahu ‘Alahi Wasallam, tidak ada satu pun fitnah yang lebih berbahaya, lebih dahsyat, dan lebih keras efek yang ditimbulkannya melebihi fitnah Dajjal. Hal ini sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah.
“Semenjak Allah menciptakan keturunan Adam hingga hari kiamat nanti, tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini dibandingkan fitnah Dajjal.” (HR.Muslim: Kitab Al-Fitan wa Asyrath As-Sa’ah no. 5239).

Fitnah Dajjal itu lebih merbahaya....kerana mampu mentiadakan yang perlu ada yakni cara, peraturan yang ada didalam Islam dan mengada kan cara mahupun peraturan baru dan ia terlihat seumpama sama sehingga para ulama, pemimpin juga akan keliru sehinggakan dunia penuh dengan kebatilan dan Islam kembali hadir dalam keadaan asing.

Diakhir kata, saya memohon jika ada salah saya atau pun telah membuat fitnah... kejutkanlah diri ini.

Enam ditahan susulan serangan sami terhadap penduduk Rohingya

COLOMBO 1 Okt. - Polis Sri Lanka menahan enam suspek bagi membantu siasatan berhubung kes serangan membabitkan sekumpulan sami Buddha terhadap penduduk Rohingya minggu lepas.
Seorang pegawai penyiasat yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti sami-sami yang mendalangi serangan tersebut ketika ini.

“Kami telah mengerahkan tiga pasukan untuk memberkas mereka,” kata pegawai berkenaan.
Dalam serangan Selasa lalu, sami-sami tersebut didakwa bertindak seperti ‘binatang’ apabila menyerbu kawasan penempatan Rohingya di pinggir Colombo dan mencederakan kumpulan pelarian terbabit termasuk kanak-kanak.

Susulan serangan tersebut, dua anggota polis turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika cuba menghalang tindakan mereka.

Halaman Dunia Berbicara

Ciri - ciri dan sifat Wanita Solehah menurut Islam. Halaman-dunia

Read More Here