Hantar pulang warga Myanmar jika keganasan berterusan - MAPIM

Majlis Pembangunan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kerajaan menghantar pulang kesemua warga dan pelarian Myanmar di negara ini dengan kadar segera. Gesaan dibuat badan itu susulan siri keganasan yang masih berlangsung di Rakhine, Myanmar.
Allah s.w.t berfirman, maksudnya
Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
(Al-Baqarah 2:243 )


ROHINGYA: 21 Mayat Terapung Di Sungai Naf

21 mayat ditemui terapung di Sungai Naf, Bangladesh pada Jumaat. Mangsa merupakan pelarian Rohingya yang cuba melarikan diri daripada konflik di Myanmar.



Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
(Al-Baqarah 2:243 )






ROHINGYA : Cukup cukuplah buat kami.. Malaysia...tersepit.

Sebelum kalian membaca seluruhnya artikel ini, renungkan firman Allah s.w.t dibawah:
     Allah s.w.t berfirman maksudnya: Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
(Al-Baqarah 2:243 ) 
Kita dapat melihat dalam zaman ini...terdapat orang orang yang keluar dari kampung halaman mereka...sedangkan mereka beribu ribu ramainya...
Hanya sedikit manUSIA bersyukur padaNya.
Penulisan ini diambil dari saudara Mohd Faizal Zulkifly dan ia sebuah penulisan berbentuk pendapat dan fakta yang kita perlu baca dan fahami sebelum membuat sebarang spekulasi.
             
   Isu Dunia Yang Sering Diperkatakan ♡

ROHINGYA, CUKUP-CUKUPLAH BUAT KAMI MALAYSIA TERSEPIT!

Tulisan saya tentang isu Rohingya telah menjadi perdebatan hangat yang saya sendiri tak sangka. Ramai yang memberi respon negatif dengan memaki hamun saya tanpa memahami pokok pangkal isu.
Sebagai manusia biasa, sudah pasti sedikit sebanyak saya terkesan dengan hamburan caki maki yang dilemparkan, malah ada yang mempersoal akidah saya. Ramai yang buat2 pandai mengeluarkan segala fakta untuk menghentam saya. Soalnya, apakah idea kalian tentang solusi isu Rohingya ini?
Seperti saya katakan, saya juga bersimpati dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara seagama saya. Namun, adakah dengan sekadar menyatakan rasa simpati dan sedih dapat merungkai masalah yang menimpa mereka?
Namun saya bersyukur, masih ada yang memahami niat baik saya dan beberapa orang pensyarah, ahli agama, aktivis dan wartawan telah mengubungi saya dan memberi saya semangat untuk terus memberi pemahaman kepada masyarakat tentang isu ini dengan memberikan saya pelbagai maklumat dari sumber2 yang sahih.
Apa yang saya tuliskan ini adalah olahan saya hasil maklumat yang diberi beserta kefahaman saya sendiri, kalau ada fakta yang salah tolong betulkan kerana ini adalah forum terbuka.

Saya setuju ini adalah soal kemanusiaan. Isu kekejaman terhadap sesuatu etnik tidak harus ditoleransi oleh dunia. Bagaimanapun, apa yang kita mampu kita buat untuk bantu selain memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar dan menghantar misi kemanusiaan ke Rakhine? Di akhirnya, kerajaan Myanmar dan masyarakat Rohingya sendiri yang perlu mencari pelan damai antara mereka.
Bukan mempertanggungjawabkan isu ini kepada negara2 serantau atas alasan kemanusiaan. Saya telah terangkan bagaimana formula kerajaan Bangladesh dalam menyelesaikan konflik dengan Indigenous People of Bangladesh dalam artikel sebelum ini, yang akhirnya memberi win-win situation kepada kedua2 belah pihak.
Kalau mereka boleh kenapa Myanmar dan Rohingya tidak? Kesimpulannya, konflik ini berlaku kerana keegoan kedua2 pihak. Kerajaan Myanmar dan Rohingya.
Anda pasti tahu bahawa Myanmar adalah negara yang mengamalkan dasar asimilasi yang dipanggil Burmanization iaitu konsep satu bangsa satu bahasa, sama seperti di Indonesia dan Thailand. Tak seperti negara kita yang mengamalkan konsep integrasi kaum yang lebih terbuka kepada perbezaan bangsa dan bahasa.

Masalahnya, kerajaan Myanmar berdegil untuk tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyat Myanmar kerana perbezaan budaya dan bahasa mereka dan keengganan mereka keluar dari kelompok mereka sendiri untuk menjadi sebahagian komuniti rakyat Myanmar.
Di pihak Rohingya juga, mereka turut berkeras kepala agar diiktiraf sebagai warganegara tanpa mahu berintegrasi dengan etnik2 yang lain, tidak mahu keluar dari pengasingan dan hanya mahu menjadikan hanya wilayah Rakhine sebagai tanah air mereka serta mengekalkan identiti mereka untuk dikenali sebagai masyarakat ‘Rohingya’ yang bertentangan dengan dasar asimilasi Myanmar.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Sikap mereka ini jauh berbeza dengan masyarakat Muslim dari etnik lain seperti India Muslim, Cina Muslim malah etnik Melayu Muslim Myanmar yang diterima baik dan diiktiraf sebagai rakyat Myanmar dek kerana sikap mereka yang lebih terbuka dalam menghormati dasar kerajaan.
Justeru, yang menuduh saya assobiyah itu, sebaiknya anda nilai sikap Rohingya dahulu sebelum menghukum saya.
Saya kurang setuju kalau dikatakan Myanmar mengangkat negara mereka sebagai ‘religious state’ atau negara Buddha yang hanya membenarkan agama Buddha diamalkan. Kalau benar, kenapa komuniti beragama lain seperti Muslim dan Kristian boleh hidup di sana? Malah, masjid juga dibina bersebelahan kuil buddha tanpa sebarang ancaman.
Namun, sebagai negara yang majoritinya beragama Buddha, sudah tentu penganut Buddha rasa terancam kalau ada komuniti yang cuba mengangkat wilayah tertentu sebagai wilayah agama lain.
Samalah halnya kalau negara kita yang majoritinya beragama Islam tapi ada pihak tertentu nak jadikan negeri tertentu, Pulau Pinang contohnya, sebagai negeri Kristian, pasti umat Islam Malaysia rasa terancam. Ini common sense dan harus dihormati kaum minoriti tak kira di mana sekalipun.
Bila Rohingya terus menjadikan bangsa mereka ‘isolated’ dan tak mahu keluar dari komuniti seperti yang dilakukan oleh Indigenous People of Bangladesh, maka berlakulah pembantaian oleh tentera Myanmar yang disifatkan sebagai tindakan penghapusan etnik.
Myanmar mahu melenyapkan etnik Rohingya dengan kejam, dan tindakan ini mesti dikutuk sekeras2nya kerana menyalahi norma kemanusiaan. Di pihak Myanmar, mereka menidakkan pula tindakan mereka sebagai penghapusan etnik sebaliknya sebagai ‘hukuman’ kepada Rohingya kerana tak mahu menerima dasar asimilasi Myanmar.
Sila baca artikel ini Waspada Dengan Hadis Palsu
Di sini jelas bahawa isu ini bukan isu agama, tetapi lebih kepada isu dasar kerajaan Myanmar yang telah memangsakan mereka. Justeru disebabkan tak mampu lagi menangggung seksaan junta, mereka keluar meninggalkan tanah air melalui jalan laut dan darat sebagai pelarian ke negara2 jiran seperti Bangladesh, Thailand dan Malaysia untuk mendapatkan perlindungan di bawah naungan UNHCR.
Wajarkah kita membantu mereka? Sudah pasti! Mereka adalah etnik yang trauma, lemah, kesakitan, kelaparan dan buta huruf. Bantuan mesti kita hulurkan dari sudut kemanusiaan. Inisiatif Malaysia saban tahun untuk menghantar misi bantuan dalam pelbagai bentuk mesti menjadi contoh sebagai negara yang mempunyai kesedaran tinggi akan hak asasi manusia.
Persoalannya, selain hulur bantuan, apa inisiatif kita untuk selesaikan isu ini? Memadaikah sekadar beri bantuan setiap tahun sedangkan isu mereka di Myanmar menemui jalan buntu? Kerajaan Myanmar lagi suka kita hulurkan bantuan agar mereka boleh lepas tangan dari menjaga kebajikan etnik Rohingya.
Soalnya sampai bila? Nampaknya, kita saja yang berusaha keras dan vokal dalam isu Rohingya, sedangkan kerajaan Myanmar dan etnik Rohingya sendiri tak mahu mencari pelan damai antara mereka dan masing2 dengan pendirian masing2 yang akhirnya meletakkan negara2 jiran seperti Malaysia dan Thailand dalam keadaan serba salah antara KEMANUSIAAN vs KEDAULATAN negara yang perlu dijaga.
Bagi Myanmar senang saja, halau 1.2 juta etnik Rohingya dari bumi Myanmar, maka misi mereka selesai. Bagi Rohingya pula ada dua pilihan, sama ada etnik mereka diiktiraf atau mereka lari mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain. 

Masalahnya, mereka ini mahu ke mana? Tanah air mereka di Rakhine sana, bukan di Saudi, Bangladesh atau Malaysia. Tak ada negara yang mampu terima pelarian seramai itu sekaligus. Apatah lagi, dengan sikap mereka yang Assobiyah dan tak mahu berintegrasi itu.
Kalau di negara sendiri pun mereka tak mahu berintegrasi, apa lagi di negara orang seperti Malaysia? Mereka pasti duduk dalam komuniti sendiri dan berkeras untuk mengekalkan identiti etnik mereka, dan mula membuat tuntutan hak yang bukan2 dan mungkin menimbulkan masalah rusuhan kaum dengan masyarakat lokal di belakang hari.
Malahan, sekarang pun sudah ada yang menyalah guna status UNHCR itu untuk kepentingan diri dan menganggap status itu menyebabkan mereka ‘kebal’ undang2.
Ada yang beritahu, kalau sekarang kerajaan Bangladesh telah gazetkan satu pulau tidak berpenduduk di wilayah Chittagong untuk tempatkan pelarian Rohingya, kenapa tidak Malaysia buat benda yang sama?

Tahu tak, Malaysia dah lama buat! Bagi yang rajin membelek sejarah, dah pasti anda tahu bahawa Malaysia satu masa dahulu amat terkenal sebagai negara yang amat ‘mesra pelarian’ sampai kita menyediakan sebuah pulau untuk 120,0000 pelarian Vietnam satu masa dahulu!
Hinggalah tercetusnya peristiwa Pulau Bidong yang hampir mengggugat kedaulatan negara kita dek sikap pelarian yang tak sedar dek untung! Bagi yang tak tahu, InsyaAllah saya akan bongkarkan kisah Pulau Bidong ini dalam artikel akan datang. Jadikan ia sebagai pengajaran agar pisang tak berbuah dua kali.
Kalau kami buka tanah air kami ini untuk semua bangsa, apa ertinya nenek moyang kami berkorban mempertahankan tanah air kami dari penjajahan asing? Kami juga pernah menjadi bangsa tertindas dahulu, tapi adakah nenek moyang kami lari meninggalkan tanah air? Bangsa mana yang hulur bantuan pada kami ketika itu?
Sebab itulah kami, Malaysia menolak untuk menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967, sebab kami masih ingat peritnya nenek moyang kami berjuang membebaskan tanah air ini.
Berbalik soal Rohingya, saya tetap berpendirian isu ini hanya mampu diselesaikan melalui rundingan damai antara kerajaan Myanmar dan etnik Rohingya.
Satu pelan damai bersifat win-win situation mesti dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang. Jika perlu, mungkin Malaysia boleh jadi fasilitator kerana kita berpengalaman luas dalam menyelesaikan isu2 setempat seperti isu konflik masyarakat Islam di Timur Filipina dan Selatan Thailand.
Cukup2lah letakkan kita dalam keadaan tersepit dan serba salah antara kemanusiaan dan kedaulatan negara disebabkan isu Rohingya yang tak berkesudahan. Bangkitlah, bangkit Rohingya!
Apa pun, kami akan terus membantu kalian selagi diizinkan Allah dan doa kami agar kalian kuat menghadapi dugaan ini dan menjadi bangsa yang berjaya di dunia satu hari kelak. InsyaAllah.
Artikel asal : Mohd Faizal Zulkifly

LELAKI KRISTIAN INI MAHU BUNUH SERAMAI MUNGKIN MUSLIM, NAMUN LIHAT APA YANG TERJADI SELEPAS ITU.

Islamophobia dan manusia yang kembali kepada Islam adalah dua kisah yang selalu muncul dalam berita.
Kisah Ibrahim Zain Killington mengingatkan kisah sahabat Umar Ibn Al-Khattab – Dia menjadi sangat marah pada suatu hari sehingga dia memutuskan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, tetapi dalam perjalanannya ke sana Allah membuka hatinya dan dia menerima Islam. Ibrahim Killington adalah seorang lelaki British dari Wymondham, Norfolk.
Selepas peristiwa 11 September, dia menjadi sangat marah sehingga dia percaya dia perlu membunuh seberapa ramai umat Islam yang boleh.
Tetapi Allah mahu sebaliknya untuknya dan hatinya menjadi lembut selepas membaca Al-Quran. Inilah kisahnya yang diceritakan seperti Laicikang.com petik dari muslimcouncil.org.hk.
Sebelum saya datang kepada Islam, hidup saya benar-benar tertumpu kepada minuman (arak), dadah, bersenang-senang. Seluruh tujuan kehidupan hanya untuk bersenang-senang, ketawa, cara untuk menjadikan hidup mampu bertahan sehingga mati, dan lepak bersama orang-orang yang mempunyai minat yang sama yang bukanlah selalu menjadi peneman terbaik untuk disimpan.
Pengalaman pertama saya melihat umat Islam adalah serangan 11 September. Saya masih ingat bahawa saya masih muda pada masa itu, saya tidak menyedari sepenuhnya apa yang sedang berlaku. Malah, saya berlari kepada kawan-kawan saya selepas melihat laporan berita, dan saya memberitahu mereka bahawa “pelancong” telah mengisytiharkan perang ke atas Amerika, kerana saya tidak pernah mendengar tentang pengganas sebelum ini.
Ketika perang terletus, saya melihat lebih banyak tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang ini adalah orang Islam. Orang-orang Islam melakukan kekejaman yang mengerikan ini di seluruh dunia.
Oleh itu, dari serangan media, saya mula membenci umat Islam.
Begitu banyak sebenarnya di mana saya cuba menyertai tentera tiga kali dengan matlamat ingin pergi ke sana, dan membunuh seramai orang seperti ini yang saya boleh, untuk melakukan bahagian saya untuk negara saya dan menjadikan negara ini sedikit lebih selamat untuk saya sekeluarga. Saya fikir mereka adalah kejahatan terbesar dunia.
Saya mula mendengar sedikit tentang Islam, kali terakhir saya memohon menyertai tentera, saya dengar stesen radio ini, pada masa itu, saya mendengar radio teori konspirasi, dan perkara-perkara seperti ini.
Ia adalah sebuah stesen radio dari Kerajaan Amerika yang dipanggil Terror Talk, dan ia membicarakan kehidupan Nabi.
Ia kedengaran seperti tidak begitu tepat kepada saya yang mana orang akan mengikutinya (Nabi) dari semua perkara jahat yang mereka katakan tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang dipercayai umat Islam. Pada masa itu, saya dalam pencarian rohani. Saya sedang mencari Mitos Norse dan Paganisme, dan salah seorang kawan saya memberitahu saya sebelum kamu membuat keputusan tentang perkara paganisme ini, lihat (perkara) sekitaranya sedikit. Oleh itu, saya menjumpai tentang umat Islam di Internet.
Saya fikir salah satu orang pertama yang saya lihat di Internet ialah Baba Ali. Dia memecah tanggapan terhadap umat Islam bagi saya.
Saya terkejut bahawa lelaki ini lucu dan sangat santai. Dia tidak dengan janggut yang besar, “Bunuh Kafir,” dan perkara seperti itu.
Saya akhirnya mengambil Quran dari kolej. Apabila saya memilikinya, saya fikir saya sebenarnya memilih “Buku Panduan Pengganas,” dan saya bimbang bahawa MI5 akan datang mencari saya sebaik saja mereka melihat saya mengeluarkannya dari perpustakaan.  
Tetapi sebaik sahaja saya mula membaca buku itu, saya mula sedar. Saya tidak dapat berhenti membacanya; ia tenggelam dalam ke dalam hati saya.
Ketika saya meneruskan membaca melalui surah (bab) yang berbeza, saya teringat membaca tentang orang-orang di dalam api yang mengambil air mendidih untuk minum yang membakar tekak mereka. Ketika saya dapat membaca ini dan saya hidup dalam kehidupan yang teruk ini, saya dapat merasai tekak saya terbakar, dan saya dapat merasakan betapa nyatanya perkara ini, dan bagaimana saya perlu berubah.
Pertama, saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari membaca. Ibu saya memanggil saya pada waktu petang dan bertanya kepada saya di mana saya sepanjang hari. Saya berkata saya berada di masjid. Jadi dia berkata, “Tidak, kamu tidak boleh berada di masjid, kamu seorang Kristian. Orang Kristian tidak pergi ke masjid. ”
Dia sangat terkejut dan yakin bahawa saya akan turun ke jalan yang buruk. Itulah reaksi ibu saya pada mulanya, selepas beberapa ketika dia mula menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak pasti mengapa dia menangis, saya fikir dia merasakan saya menolak semua yang dia ajar saya.
Ramai orang mengatakan bahawa apabila mereka menjumpai Islam, seolah-olah mereka telah pulang ke rumah. Dan itulah perasaan yang saya dapat.
Saya pada masa lalu bukan saya sama sekali, saya dikawal oleh sesuatu yang lain. Hanya perkara baik yang berlaku sejak saya menjadi Muslim.
Jika saya akan ingin memberi nasihat kepada orang lain yang memikirkan tentang Islam, saya pasti akan memberitahu mereka untuk datang ke masjid dan bercakap dengan seorang lelaki yang berpengetahuan.
Jangan cari Internet untuk jawapannya. Terdapat beberapa perkara yang baik di Internet, tetapi apabila kamu tidak mengetahui apa-apa mengenai Islam, kamu tidak boleh menghakimi apa yang betul dan apa yang salah. Jadi lebih baik untuk bercakap dengan seseorang.
Luangkan masa dengan orang Islam. Saya menghabiskan masa berminggu-minggu bertemankan mereka, dan kamu mendapat pemahaman tentang siapa mereka dan kualiti mereka.
Jangan takut apa yang difikirkan oleh keluarga kamu. Saya menghadapi ramai orang dan termasuk diri saya sendiri, saya bimbang tentang apa yang ibu bapa saya fikir, tetapi pada akhirnya Islam adalah untuk kamu, dan kamu harus berharap yang terbaik untuk ibu bapa kamu yang akan datang selepas itu.

Halaman Dunia Berbicara

Ciri - ciri dan sifat Wanita Solehah menurut Islam. Halaman-dunia

Read More Here