Malaysia - Badan Dunia Digesa Campur Tangan Henti Kekejaman Etnik Rohingya.

Sebelumnya, renungkan terlebih dahulu ayat dibawah
     Allah s.w.t berfirman maksudnya
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang orang yang zalim. Al Baqarah.

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mengulangi gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres supaya pasukan keselamatan Myanmar mencari pendekatan holistik dalam menangani krisis di negeri Rakhine.
"Kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan bersabar. Situasi dahsyat yang membelenggu saudara kita daripada etnik Rohingya perlu diredakan demi kebaikan Myanmar dan rantau ini," katanya menerusi akaun Twitter.

We echo the @UN ’s Sec-Gen's call for Myanmar’s security forces to seek holistic approaches towards addressing the crisis in Rakhine state
9:16 AM - Sep 3, 2017
Mohd Najib Tun Razak
@NajibRazak

We urge for calm and restraint. The dire situation facing our Rohingya brothers and sisters must be alleviated for good of Myanmar & region
twitter.com/NajibRazak/sta…
9:18 AM - Sep 3, 2017
68 300 440 Mohd Najib Tun Razak
@NajibRazak

     Pada Jumaat, agensi berita China, Xinhua melaporkan bahawa setiausaha agung PBB itu menyuarakan kebimbangan yang mendalam berhubung tindakan kezaliman dalam operasi oleh pasukan keselamatan Myanmar di negeri Rakhine dan menggesa semua pihak agar bertenang serta bersabar bagi mengelak daripada berlakunya bencana kemanusiaan.

     Laporan itu menyebut Myanmar melakukan kekerasan itu berikutan serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar minggu lepas oleh Rohingya, sebuah etnik minoriti Muslim yang tinggal di pantai barat negara Buddha itu.

                     <a href="http://www.jutawanapp.com/?id=income4you">
  <img src="http://www.jutawanapp.com/images/ja-ban160x600.gif" width="160" height="600">
  </a>

     ALOR SETAR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa badan dunia memberikan tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi menghentikan pembunuhan terhadap etnik Rohingya Islam di negara itu.
Naib Presidennya Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata sudah tiba masanya ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertindak untuk melindungi keselamatan penduduk yang kini diibaratkan seperti 'telur di hujung tanduk' akibat penindasan berterusan.
Katanya berdasarkan laporan yang diterima penduduk di Wilayah Maungdaw, Buthidaung dan Rathedaung dianggarkan lebih 500 penduduk termasuk bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua dibunuh, manakala rumah serta binatang ternakan mereka dibakar dan dihalau.
"Dalam masa dua hari ini, puluhan rumah di lebih 25 kampung telah dibakar, manakala puluhan ribu penduduk telah melarikan diri di perbatasan Myanmar dan Bangladesh untuk mencari perlindungan tanpa makanan. Anda boleh bayangkan mereka dalam keadaan lapar dan kanak-kanak ramai dijangkiti penyakit berjangkit," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Kedah Yusof Ali dan Ketua Kempen Anti Penyeludupan Pulau Pinang Zahid Alam.
Ahmad Tarmizi berkata sekiranya badan dunia terus berdiam diri dalam tempoh 24 jam, besar kemungkinan etnik Rohingya di bumi Arakan akan lenyap dari dunia ini kerana jenayah kezaliman yang dilakukan tentera Myanmar dan militan Rakhine sedang berlaku.
"Tidak ada jalan lain selain kita mendesak negara anggota ASEAN memberi respons segera sama ada bertindak untuk menghentikan kekejaman atau membiarkan saja mereka dibunuh, jika itu berlaku, kita boleh menganggap ASEAN tidak berfungsi lagi untuk melindungi rakyat negara anggotanya," katanya.
Beliau juga menggesa pasukan pengaman PBB segera menghantar pasukan pengaman ke wilayah-wilayah bergolak bagi melindungi masyarakat etnik Rohingya yang kini dinafikan hak kewarganegaraan mereka.
Ahmad Tarmizi berkata setakat ini dianggarkan lebih 100,000 penduduk etnik Rohingya dibunuh semenjak krisis berlarutan sejak 1978.
Sementara itu, Yusof berkata pihaknya mempunyai video dan gambar sebagai bukti kepada jenayah kemanusiaan itu dan sedia bekerjasama dengan ASEAN atau PBB bagi membuktikan kezaliman dan kekejaman kerajaan Myanmar terhadap etnik berkenaan.
"Kerajaan Myanmar bijak menipu PBB apabila lawatan diadakan di negara itu dengan memindahkan penduduk sebenar Rohingya ke kawasan hutan, padang dan tepi laut dan menempatkan mereka yang beragama Hindu dan Buddha di kampung itu...ini memberi reaksi bahawa tiada kezaliman berlaku dan mereka akan terus membantai penduduk di situ," katanya.

Dan Dari sudut kefahaman agama Islam, untuk kita renungi..
Allah s.w.t mensyariatkan dalam Surah At-Taubah ayat ke-6:
ﻭَ ﺇِﻥْ ﺃَﺣَﺪٌ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛﻴﻦَ ﺍﺳْﺘَﺠﺎﺭَﻙَ ﻓَﺄَﺟِﺮْﻩُ ﺣَﺘَّﻰ ﻳَﺴْﻤَﻊَ ﻛَﻼﻡَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺛُﻢَّ ﺃَﺑْﻠِﻐْﻪُ ﻣَﺄْﻣَﻨَﻪُ ﺫﻟِﻚَ ﺑِﺄَﻧَّﻬُﻢْ ﻗَﻮْﻡٌ ﻻ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ
     Dan jika seorang di antara orang- orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.

     Maka, dengan ini kita sebagai umat Islam mahupun dari agama lain, adalah wajib buat kita untuk memberi perlindungan dan melindungi serta menasihati mereka dengan ajaran yang benar agar kedua dua pihak dapat mengubah serta membuang yang salah. Untuk mengubah kedua dua pihak adalah bergantung dari pihak mereka sendiri.

Allah s.w.t berfirman maksudnya
    Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Ar-Ra'd 13:11 )

Semoga ada sinar buat warga Rohingya dan jalan yang baik buat kedua dua pihak.

♡ Jika kamu hanya menyelesaikan perkara dunia semata, nescaya MASALAH yang ada tiada hentinya melainkan kamu menyelesaikan MASALAH akhirat yang ada didalamnya agar perhubungan silahturahim dalam setiap urusan itu hanya pada Tuhan semata. ♡

No comments:

Halaman Dunia Berbicara

Ciri - ciri dan sifat Wanita Solehah menurut Islam. Halaman-dunia

Read More Here