KENAPA MAHU TOLONG RAKYAT ROHINGYA? TAK ADA ADAB!!!

KENAPA NAK TOLONG BANGSA (ROHINGYA)TAK ADA ADAB?? Halau je mereka balik Myanmar!!!
Melihat tajuk diatas...merupakan satu persoalan yang perlu dijawab agar iman kembali bertaqwa kepada Allah s.w.t. yakni urusan mahupun isu yang timbul membawa kita kembali beribadah hanya kepadaNya.
Semoga kita dikurniakan jalan yang benar untuk menyelesaikan isu ini yang umpama tiada hentinya. INSYAALLAH.
Jawapannya...

          Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(At-Taubah 9:6 )

Sudah temui jawapannya?
Kita pernah digemparkan dengan kehadiran mereka yang melarikan diri dari negara mereka untuk meminta pertolongan, kita laksanakan perintah Allah s.w.t dengan memberi perlindungan. Maka kita laksanakan perintahNya itu. Namun adakah kita sempat memberi keterangan-keterangan Allah kepada mereka agar memahami hakikat Islam? Atau adakah kita sendiri mengamalkan sepenuhnya cara Islam dalam kehidupan lalu mereka yang meminta perlindungan turut sama mengamalkannya? PerintahNya yang kedua kita amat kurang laksanakan. PerintahNya yang ketiga... setelah manUSIA melihat adab mereka lalu timbul KENAPA NAK TOLONG BANGSA MEREKA!!! HALAU JE MEREKA!!! Begini kah Islam?

          Allah s.w.t berfirman maksudnya:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13 )
Sepertimana yang kita ketahui, sudah sekian lama etnik Rohingnya hidup dalam persekitaran yang penuh dengan keganasan, dianiaya, ketakutan di samping trauma melihat ahli keluarga dibunuh malah dirogol oleh rejim tentera Myanmar, sesungguhnya satu detik pengalaman buruk yang mungkin tidak dapat diselami oleh rakyat Malaysia, Indonesia dan juga dari negara negara lain. Sehinggakan mereka melarikan diri dengan jumlah yang begitu ramai. Firman Allah ini bersesuaian dengan keadaan mereka iaitu:
Allah s.w.t berfirman, maksudnya
Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
(Al-Baqarah 2:243 )
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:244 )
Ini juga satu persoalan yang perlu dijawab.
Beginilah kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian dan menerima balasan yang baik atau tidak.Setiap perbuatan/lisan yang salah dan berdosa, balasannya itu setimpal juga kita terima dan menimbulkan dosa daripada orang lain yakni DENDAM. Dosa yang dilakukan akan menimbulkan dosa lain. Dan walaupun kita berbuat kebaikan kearah kebenaran, dosa juga boleh timbul, diperbuat dari orang lain yakni DENGKI.
Dengki terhadap sesuatu yang ada dalam diri kita mahupun yang ada didalam tempat kita. Dan sesungguhnya juga... iblis sudah lama merancang untuk melenyapkan kebenaran Islam.

Dan Pengerusi NGO Salam Rohingya, Tengku Emma Zuraina Tengku Azmi berkata walau apapun kecaman sikap buruk terhadap Rohingya di Malaysia, rakyat perlu memandang mereka sebagai manusia.
"Masalah sosial kita boleh hadapi bersama. Masalahnya sekarang, masyarakat suka meletakkan kesalahan di atas bahu NGO. Sedangkan perkara ini mesti diambil berat oleh masyarakat.
"Sekiranya mereka melakukan kesalahan, laporkan kepada polis. Jangan lemparkan tuduhan di media sosial. Benda tidak akan selesai, dan mereka tidak akan tahu situasi mereka," katanya sambil berpandangan ia mungkin berpunca daripada kurangnya pendidikan yang diterima mereka.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang lalu.

No comments:

Halaman Dunia Berbicara

Ciri - ciri dan sifat Wanita Solehah menurut Islam. Halaman-dunia

Read More Here